View: 18859|Reply: 55
|
Anak Saudara Siti Nurhaliza, Umai Berjaya Peroleh Pingat Emas Di Hollywood, Kalahkan 70 Negara Yang Bertanding
[Copy link]
|
|
Dalam satu pencapaian yang membanggakan, Ummi Umairah Saiful Anuar, anak saudara kepada ikon muzik Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas di World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.
Acara tersebut diadakan di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, pagi tadi.
Umairah, atau mesra dikenali sebagai Umai, berjaya merangkul gelaran Junior Champion Vocalist Of The World dengan menewaskan empat peserta lain dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.
Kejayaan ini dikongsikan oleh ibu Umai, Siti Nursairah Taruddin, melalui Instagram, yang menerima pelbagai ucapan tahniah daripada netizen termasuk komen daripada Siti Nurhaliza sendiri.
“Tahniah Umai! Berjaya bawa pulang emas dan mengharumkan nama Malaysia,” tulis Siti di ruangan komen akaun media sosial Umairah.
Dalam pertandingan ini, Umai mempertaruhkan lagu “A Natural Woman” nyanyian asal Aretha Franklin, yang membuktikan bakat dan kemampuannya dalam bidang vokal. Kemenangan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangannya di kejohanan tersebut.
Sebelum ini, Siti Sairah telah memohon doa dan sokongan daripada rakyat Malaysia agar Umai berjaya dalam pertandingan ini.
Doa dan sokongan tersebut ternyata tidak sia-sia apabila Umai melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B daripada lima kategori yang disertainya iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World, dan Variety.
Bukan hanya Umai yang berjaya, tetapi juga beberapa peserta lain dari Malaysia turut mara ke peringkat akhir.
Pasangan kembar Aleysha dan Ryan bagi kategori duet, Dion Das dan Ryan Zachary bagi kategori peragaan, kumpulan Dance Duo bagi kategori tarian duo, dan Vanessa William bagi kategori tarian solo, semuanya berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Sebanyak 15 peserta mewakili Malaysia tahun ini dalam kategori vokal, tarian, muzik, dan peragaan, bersaing dengan peserta dari 70 negara lain di kejohanan yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood ini.
Kejayaan Umai dan peserta lain adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu bersaing di pentas dunia dan mengharumkan nama negara.
Tahniah sekali lagi kepada Ummi Umairah Saiful Anuar atas kejayaan gemilang ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai bakat muda Malaysia untuk terus berkarya dan membawa nama negara ke persada antarabangsa.
Sumber : Murai.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Umai... semoga terus gigih to be recognized dalam industri...yang akan tetap dibayangi Tokti..
Meols kesian ye, kejayaan sheols dibanjiri komen "kenapa Binti Abdullah?"....gitteww..... sekrahhhh ko pun bubuh nama penuh dah kenapa nok? sian si Umai... |
|
|
|
|
|
|
|
Baju merah tu mengingatkan cikgu english aku darjah 5.cuma skirt dia pendek sikit dan short sleeves.pakai la baju sesuai dgn usia dik oii.jgn dengar kertu2 takde taste dlm family ko |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, tak pernah dgr lagi suara dia...sedap la kot sbb tu menang kan |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats..tp kesian, sampai bebila jadi shadow makcik dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah walaupon competition gred C. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummi Umairah Saiful Anuar ke Abdullah? Sekadar memanaskan suasana suasini. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Sazreena at 9-7-2024 11:54 AM
Tahniah umai-umai. Baideway..Umairah Saiful Anuar ke Abdullah? Sekadar memanaskan suasana suasini. |
|
|
|
|
|
|
|
tp mmg dgr host tu sebut abdullah....jenuh aku fokus...
aku dok ckp...salah sebut ke guana..
apapun...umai x salah apa2...nitizen x perlu pertikai...
fly high umai....sedap je suara umai....tp baju umai nmpk mcm dewasa seblm usia....
maybe taste nya begitu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu bin Abdullah pun xde masalah. Janji dah beso jadi orang. Gituuu |
|
|
|
|
|
|
|
plus kena bayar |
|
|
|
|
|
|
|
ok la anak sedara ct mendonia jap.. pasni nk tunggu si piah plak suara sedap ke idok |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke umai dah pakai nama bt abdullah selama ni…sheols mesti tahu kenapa
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa pertandingan internesyenel kena pakai nama betul ikut passport/ mykad
US ni paranoid...takut terlepas masuk terrorist menyamar jaid penyanyi talentime
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni masuk brp byk kategori? Satu kategori je ke yg meant gold? Dulu kala ada participant dari Malaysia dpt 4/5 gold..tak ingat siapa |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la..kadang dalam terexcited berkongsi sampai terlupa nak filter mana yg patut. Bab baju tu kalau dah sekrah yg jadi tuan penasihat, maka tak jauh la seleranya ngan mak itik..semua sepaten lipihkg.com.
|
|
|
|
|
|
|
|
kategori dia mana ada 70 org brtanding. pertandingan ni pertamdingan syok sendiri je kat sana mana ada sekor pun jadi artis antarabangsa. aiyoo! |
|
|
|
|
|
|
| |
|