CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5414|Reply: 0

[Johor] RM8,000 sebulan hasil mengemis, sindiket eksploitasi OKU ditumpaskan

[Copy link]
Post time 10-7-2024 08:18 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Kutipan wang hasil mengemis di pasar malam, medan selera dan restoran di bandara raya ini mencecah RM8,000 sebulan membuatkan sindiket pemerdagangan manusia berani mengeksploitasi warga asing berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengaut keuntungan.


Bagaimanapun, sindiket terbabit yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu lumpuh selepas sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan tiga ahli sindiket terbabit, termasuk seorang wanita.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, penahanan itu susulan serbuan dilakukan di lokasi berasingan sekitar bandar raya ini, pada 13 dan 19 Jun lalu.



Beliau berkata, hasil serbuan pada 13 Jun lalu, polis menahan lelaki serta wanita tempatan, masing-masing berusia 42 dan 53 tahun, yang berperanan sebagai transporter.

"Polis turut menyelamatkan dua lelaki warga asing OKU berusia 44 dan 50 tahun, selain merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kereta, pembesar suara, mikrofon serta wang tunai RM1,859.

"Serbuan susulan di sebuah pangsapuri di bandar raya ini pada 11.45 malam, 19 Jun lalu, polis menahan lelaki tempatan berusia 42 tahun yang berperanan sebagai penjaga atau pengurus sindiket," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kumar berkata, berdasarkan modus operandi, sindiket ini akan ke negara sumber dan merekrut individu OKU yang kemudian ditawarkan bekerja sebagai pengemis.

Katanya, sindiket ini menguruskan proses dokumen termasuk pasport dan dibawa ke negara ini sebelum mereka diletakkan di rumah sewa, manakala transporter bertindak menghantar serta ambil ke lokasi mengemis setiap hari.

"Wang hasil mengemis berjumlah RM250 hingga RM300 sehari harus diserahkan kepada penjaga yang membuat kutipan secara mingguan dan mangsa disyaratkan membayar RM800 seminggu untuk urusan pasport.

"Mangsa dikehendaki bekerja selama enam jam sehari dan perlu membayar RM10 sejam kepada transporter yang menghantar mereka ke lokasi pengemis," katanya.

Katanya, penjaga atau pengurus sindiket terbabit sudah didakwa di Mahkamah Seksyen di sini hari ini mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migrant 2007 [Akta 670].

"Polis masih memburu dua lagi suspek dan waran tangkap sudah dikeluarkan. Dua mangsa sindiket ini ditempatkan di rumah perlindungan untuk sementara," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039971 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list