CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9012|Reply: 0

[Johor] Pesara guru diperdaya hingga rugi lebih RM150,000

[Copy link]
Post time 11-7-2024 07:31 AM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Pesara guru rugi lebih RM150,000 akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang digital tidak wujud.



-ADVERTISEMENT-




Ads by









Wanita berusia 56 tahun itu terpedaya dengan sindiket itu selepas melihat iklan pelaburan daripada dua syarikat di Telegram yang menawarkan keuntungan berlipat ganda.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa kemudiannya menghubungi individu tidak dikenali melalui WhatsApp dan diberi pautan laman web berkaitan pelaburan untuk memasukkan maklumat peribadi.

"Dalam tempoh antara 29 Mac hingga 6 Julai lalu, mangsa sudah membuat pindahan wang ke 34 akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM156,850," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mangsa cuba mengeluarkan wang dilabur selepas mendapati terdapat keuntungan, namun suspek memberi pelbagai alasan dan meminta mangsa menambah pelaburan.

Shahrulanuar berkata, mangsa tersedar sudah diperdaya dan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dan sentiasa merujuk maklumat berkaitan di Facebook @jsjkpdrm dan @cybercrimealertrmp.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.206434 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list