CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9328|Reply: 0

Koeman sukar terima kekalahan di tangan England

[Copy link]
Post time 11-7-2024 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-7-2024 12:06 AM


Jurulatih Belanda, Ronald Koeman kelihatan sugul selepas tumpas di tangan England pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund awal pagi tadi. – Foto REUTERS
DORTMUND, Jerman: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman mengakui kekalahan 1-2 di tangan England pada separuh akhir Euro 2024 'sukar diterima' selepas penalti kontroversi dan jaringan minit akhir Ollie Watkins menutup impian mereka ke final.

"Saya kecewa dengan keputusan akhir kerana kami bermula dengan baik," kata Koeman selepas perlawanan yang menyaksikan mereka meraih gol awal hasil jaringan Xavi Simons.

Harry Kane menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kontroversi sebelum Watkins meledak gol kemenangan pada minit akhir untuk menempah pertemuan dengan Sepanyol pada final Euro 2024.

Sepakan penalti England hadir selepas percubaan Kane melambung tinggi dan dia seolah-olah dikasari oleh pertahanan Belanda, Denzel Dumfries.

Sentuhan Dumfries hanya sedikit dan tampak tidak berbahaya namun pengadil dari Jerman, Felix Zwayer memberikan sepakan penalti selepas meneliti monitor video bantuan pengadil (VAR).

"Apa yang anda boleh lakukan sebagai pemain pertahanan? Pada pandangan saya, ia bukanlah sepakan penalti.

"Kita tidak boleh bermain bola sepak dengan betul kerana VAR. Ia merosakkan bola sepak."


Kegembiraan Belanda hanya seketika apabila Xavi Simons (kanan) meletakkan mereka di depan menentang England pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Koeman turut berasakan pasukannya dapat mengawal permainan selepas kemasukan Joey Veerman yang menggantikan Memphis Depay yang mengalami kecederaan sekali gus membolehkan mereka mengekang serangan England.

"Kami berdepan kesukaran di bahagian tengah untuk menyekat pemain seperti Jude Bellingham dan Phil Foden.

"Kami tidak mengawal permainan tetapi kami melakukan sedikit pertukaran supaya dapat mengawal permainan. Kami pasukan yang lebih baik dalam 20 minit terakhir perlawanan.

"Tetapi ia berakhir pada minit ke-90. Satu jaringan yang hebat dan semuanya berakhir, jadi ia sesuatu yang sukar untuk diterima."

Dalam perkembangan lain, Koeman percaya England mampu memberi saingan kepada Sepanyol pada aksi final, awal pagi Isnin ini.

"Saya rasa England menunjukkan permainan yang hebat selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama.

"Mereka kini berada di final dan berpeluang untuk memenanginya. Sepanyol bermain pada tahap yang sangat tinggi tetapi England boleh menghentikan mereka, kenapa tidak?" – AFP



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.247120 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list