CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32461|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin muda perlu bijak, beradab bukannya gila populariti

[Copy link]
Post time 26-7-2024 12:00 AM | Show all posts |Read mode


JUMARDI

TAWAU: Golongan muda yang mahu menjadi pemimpin politik perlu mempunyai adab dan bijak mengeluarkan sesuatu kenyataan, bukannya hanya mahu menarik populariti semata-mata.

Ketua Penerangan UMNO Tawau, Jumardi Sakka berkata, penglibatan golongan muda dalam dunia politik sudah semakin diterima, malah diberikan keutamaan.

Katanya, semua parti politik di negara ini sudah mula menunjukkan sikap berlapang dada dengan penglibatan orang muda dalam menerajui sesuatu jawatan politik.

Namun katanya, orang muda perlu kelihatan beradab dan bijak supaya dapat menjadi pemimpin negara seperti yang diha
rapkan.
“Golongan muda perlu mempunyai adab yang baik dan menghormati pemimpin lama, bukannya suka mengeluarkan kenyataan jelik untuk menarik perhatian.

“Selain itu, pemimpin muda juga yang diharapkan bukannya dalam kalangan mereka suka tukar-tukar parti atau erti kata lain lompat parti,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau yang membidas kenyataan seorang pemimpin muda yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sebelum ini.

Katanya, kenyataan pemimpin muda itu seperti orang yang tidak beradab dan perlu membuat kajian dahulu sebelum bertindak keluarkan kenyataan.

“Saya difahamkan dia seorang yang berpendidikan tinggi tetapi tindakannya itu seperti orang kemaruk perhatian dan jawatan sahaja.

“Ketua UMNO Sabah mengeluarkan fakta yang betul kerana negeri ini masih lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah infrastruktur,” katanya.

Jumardi berkata, UMNO Tawau menyokong penuh kenyataan Bung yang mengatakan sentimen ‘Anti Malaya’ hanya merugikan disaat Sabah masih dibelenggu kemunduran.

“Parti yang kononnya gabungan parti politik tempatan di negeri ini dilihat seperti hanya untuk kepentingan survival politik mereka sahaja.

“Justeru, saya berharap rakyat di negeri ini terutamanya belia perlu memilih pemimpin muda yang bijak, bukannya orang yang perlukan populariti sahaja,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.288997 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list