CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32330|Reply: 0

[Sabah] Jawatankuasa Teknikal MA63 bersidang 28 Mei, Sabah hanya hantar tuntutan 18 Jun

[Copy link]
Post time 26-7-2024 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-7-2024 04:06 PM



BILLY

PENAMPANG: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang mengalu-alukan keprihatinan rakyat Sabah berhubung pemuktamadan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah.

Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Penampang Billy Joe Dominic berkata, ia sepertimana Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan yang juga harus dibaca bersama dengan beberapa provisi lain dalam perlembagaan.

Katanya, umum mengetahui Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semasa bersidang pada 18 Julai 2023 menetapkan tempoh masa setahun bagi pemuktamadan mekanisme pembayaran khas tersebut, iaitu sehingga 18 Julai 2024.

Menurutnya, Jawatankuasa Teknikal MA63 bersidang pada 28 Mei 2024 tahun ini dan sehingga mesyuarat ini diadakan Kerajaan Negeri Sabah belum mengemukakan tuntutan atau cadangan mekanisme.

"Kerajaan Negeri Sabah hanya mengemukakan tuntutan pada 18 Jun 2024, berbanding dengan Kerajaan Negeri Sarawak yang mengemukakan tuntutan pada Februari 2024," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi membincangkan perkara berkaitan autonomi dalam bidang pendidikan dan kesihatan berbanding dengan Kerajaan Negeri Sarawak yang bersidang dan berjaya menyelesaikan beberapa tuntutan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Tenikal bersidang.

Justeru katanya, kelewatan menghantar tuntutan menyebabkan Jawatankuasa Kerja berkaitan tuntutan 40 peratus itu tidak dapat bersidang dan juga tidak dapat dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.

"Semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 bermesyuarat pada 28 Mei, ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Besar Negeri dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan turut hadir dan menyatakan Kerajaan Negeri hanya dapat menghantar )Sabah mungkin mempunyai sebab tersendiri berkenaan kelewatan itu termasuk penangguhan mesyuarat Jawatankuasa Kerja berkenaan autonomi pendidikan dan kesihatan. Sebaik-baiknya kerajaan negeri juga memberi penjelasan.

"Di peringkat UPKO, parti kami mengadakan perbincangan meja bulat mengenai tuntutan dan cadangan mekanisme pembayaran 40 peratus pada 19 Disember 2023 melibatkan kehadiran antaranya tiga mantan Presiden Sabah Law Society," katanya.

Billy berkata, UPKO melalui kunjungan hormat diketuai Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick mengemukakan syor mekanisme pembayaran 40 peratus kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada 9 Januari 2024.

Selain itu jelasnya, UPKO turut mengambil semua langkah progresif dan proaktif untuk menjayakan aspirasi rakyat Sabah mengenai tuntutan 40 peratus ini.

Bagaimanapun katanya, tuntutan itu harus dikemukakan oleh kerajaan negeri dan mengikut struktur perundingan sedia ada di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, tuntutan itu harus dibincang dalam Jawatankuasa Kerja sebelum diangkat ke Jawatankuasa Teknikal MA63.

"Sekiranya masih belum selesai, maka tuntutan itu akan dibawa ke Majlis Khas Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah.

"Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick sememangnya sudah bersedia menyokong segala tuntutan oleh Kerajaan Negeri Sabah, malangnya sehingga 28 Mei 2024 iaitu semasa Jawatankuasa Teknikal MA63 bersidang, kerajaan negeri belum mengemukakan tuntutan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.037769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list