CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17924|Reply: 0

[Sarawak] Konvoi 722 tempuh hampir 70km sebar kepentingan Hari Sarawak

[Copy link]
Post time 26-7-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode


Para peserta bergambar beramai-ramai di Pusat Komersial 101 sebelum memulakan konvoi 722 sempena Hari Sarawak baru-baru ini.

MIRI: Konvoi 722 menempuh perjalanan sejauh hampir 70 kilometer (km) sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai lalu.
Sebanyak 30 kenderaan dengan 60 peserta terlibat menjayakan aktiviti itu.

Konvoi bermula dari Pusat Komersial 101 menuju ke bahagian utara iaitu Senadin dan Tudan, sebelum ke bahagian selatan hingga Lambir dan kembali lagi ke pusat bandar raya menuju ke destinasi terakhir iaitu Coco Cabana Marina Bay.

Jurucakapnya Hanim Jaraee memberitahu, aktiviti berjalan dengan lancar dan dianjur dengan jayanya.

Selain mengibarkan bendera Sarawak, konvoi turut membawa bersama kain rentang dengan mesej 'We Love Sarawak', 'Jaga Sarawak Bait-Bait', 'Sarawak Merdeka' dan 'Sarawak Is For Sarawakian'.

Peserta juga bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Miri di Marina Parkcity.

Aktiviti dianjurkan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) Miri dengan kerjasama Sarawak Independence Alliance (SIA), Sarawak For Sarawakians (S4S) dan Sarawak Liberation Movement (SLM).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.040703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list