CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17074|Reply: 0

[Sabah] Penyatuan memelihara budaya tradisi, tarik minat generasi muda

[Copy link]
Post time 26-7-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode


TADARUS: Arifin bersama masyarakat setempat dalam program khatam al-Quran yang diadakan sebelum majlis sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Membakut 1446H/2024M.

MEMBAKUT: Bagi menarik minat masyarakat khususnya golongan muda terhadap selawat, marhaban dan berzanji, satu pendekatan akan dilaksanakan bagi mencapai usaha itu kata Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Mengulas lanjut, Arifin berkata akan ada satu bentuk penyatuan akan ditubuhkan bagi memastikan kumpulan masing-masing dapat bertukar fikiran sekaligus bersilaturahim bagi memelihara tradisi itu yang semakin dilupakan.

Katanya, setiap masjid mempunyai kumpulan kompang, marhaban dan selawat sendiri masing-masing namun belum ada satu platform bagi menyatukannya justeru tiba masanya ia disatukan bagi mengembangkan bakat setiap kumpulan sekaligus menarik lebih ramai penyertaan daripada generasi muda.

Selain usaha untuk menyatukan kumpulan terlibat, Arifin juga merancang untuk mengundang beberapa tokoh-tokoh terkenal dalam bidang selawat, marhaban dan kompang bagi mengembangkan lagi bakat dalam kalangan masyarakat disitu.

Menyedari budaya itu semakin ditinggalkan generasi muda hari ini, justeru usaha-usaha bersesuaian dilaksanakan bagi menjadikan ia sebagai pilihan untuk golongan muda sekaligus memastikan budaya itu terus terpelihara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Membakut 1446H/2024M yang diadakan di Masjid Nur Karim Kampung Mawao.

Mengenai sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Membakut, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut memberitahu antara pengisian sambutan yang diadakan kali ini adalah khatam al-Quran Perdana, yang melibatkan dua daerah iaitu Bongawan dan juga Membakut.

Jelas Arifin tadarus dan khatam al-Quran bukan sahaja dilaksanakan setiap kali menjelang hari kebesaran Islam tetapi diadakan setiap tiga bulan, sejak dua tahun lepas dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat Islam setempat.

Ketika ditanya apakah lagi program-program keagamaan besar-besaran yang akan dilaksanakan di Membakut, Arifin memberitahu pihaknya dalam perancangan untuk mengundang tokoh agamawan iaitu Ustaz Abdul Somad bagi berkongsi ilmu dengan masyarakat Islam disini.

Mengulas lanjut, Arifin memberitahu beliau merancang untuk mengundang Ustaz Abdul Somad di Membakut pada September ini dalam satu program agama yang akan diadakan di sini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 121193 Replies : 3405
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27247 Replies : 23
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21394 Replies : 42
Ramai antara pesakit diebetes yang mengikuti modul rawatan saya telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih-Dr Siti Juariah Kusni(Dr. Jue).Anda nak coba?
YgBenarRamai antara pesakit diebetes yang mengi
Views : 3128 Replies : 6
Miss Universe Malaysia 2024
fadz84Miss Universe Malaysia 2024
Views : 49040 Replies : 167
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39628 Replies : 618
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97409 Replies : 5163
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 28772 Replies : 3
CEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,kesan boikot
YgBenarCEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,ke
Views : 42775 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56084 Replies : 508

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.382720 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list