CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19073|Reply: 11

[Tempatan] Dah Macam Nasi Lemak, Membalut Burger Dengan Daun Pisang!

[Copy link]
Post time 26-7-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode


Tak dinafikan burger yang dijual di tepi jalan mahupun di kedai sering mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia.

Malah ada juga yang berpendapat burger yang dijual di tepi jalan itu lebih enak berbanding jenama terkenal. Apa yang lebih menarik, mereka juga turut melakukan pelbagai variasi menu yang bersesuaian dengan citar asa pelanggan.

Bukan hanya itu, ada juga yang tampil dengan kelainan serta keunikan tersendiri sebagai salah satu identiti untuk gerai burger mereka.
Lelaki guna daun pisang balut burger

Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah gerai burger yang terletak di Puchong ini apabila menggunakan daun pisang sebagai pembalut burger mereka.

Nampak pelik, namun kreaviti yang digunakan oleh lelaki ini dengan menggunakan daun pisang sebagai pembalut nyata menarik perhatian ramai.

Gerai yang dikenali dengan nama Burger JI Legend ini mula mendapat perhatian selepas KL Foodie memuat naik satu video untuk membuat reviu mereka menikmati Banana Leaf Burger.

Menerusi video tersebut, perakam berkunjung ke gerai burger berkenaan telah memesan dua burger daun pisang sebelum lelaki berbangsa India memberi cadangan; adakah mereka juga ingin merasai burger rangup dari gerai mereka?

Perakam kemudian mengatakan boleh sambil menunjukkan aksi penjual yang sedang meletakkan beberapa burger di atas daun pisang sebelum membalutnya.
Guna daun pisang agar pelanggan dapat menikmati burger dengan aromanya

Lelaki itu kemudiannya mengatakan dia menggunakan daun pisang untuk membalut burger agar pelanggan dapat menghidu aroma daunnya ketika menikmati makanan tersebut.

Malah dia turut yakin apabila burger itu dibawa pulang ke rumah pasti ia akan membuatkan pelanggan merasai kesedapannya.

Dalam pada masa sama, perakam turut menunjukkan cara lelaki berkenaan menyediakan burger yang dipesan oleh pelanggan.
Kuantiti sayur dan bahan lain mencukupi untuk pelanggan bagi satu hidangan burger

Kelihatan dia sangat pemurah dengan bahan-bahan yang digunakan apabila meletakkan sayur, isi ayam rangup, sos serta sekeping keju dengan kuantiti yang mencukupi untuk pelanggan.

Sebaik burger selesai dikepilkan bersama isinya, lelaki itu kemudian akan meletakkan daun pisang ke atas pan sebelum membalut makanan berkenaan.
Ada burger Pattaya dan Korea

Selain itu, gerai ini juga mempunyai menu burger cili Pattaya di mana burger itu dibalut dengan menggunakan telur dan meletakkan bawang goreng, sos cili serta keju di permukaannya persis nasi goreng Pattaya di kedai makan.

Dia juga turut mempunyai burger Korea rangup yang menggunakan roti bun hitam dan menyifatkan ia antara menu spesial di gerainya.

Menerusi tinjauan kami, gerai ini terletak berhadapan dengan Hotel 29 di Jalan Puchong Mesra 1 dan beroperasi dari hari Isnin sehingga Sabtu pada jam 5 petang hingga 1 pagi.

Video berhubung gerai burger ini turut menjadi tular di X dan mendapat perhatian ramai.
Ramai kagum lelaki guna daun pisang sebagai pembalut burger

Melihat di ruangan komen di Instagram, ramai yang suka dan kagum dengan idea lelaki ini menggunakan daun pisang untuk membalut burger kerana ia mesra alam serta jauh dari bahan kimia.

Tidak kurang juga ada menyifatkan ia adalah burger yang paling sedap mereka pernah rasai. Malah ada juga yang meminta agar lelaki ini mempelbagaikan lagi menu burgernya seperti paratha burger, ayam masala atau tika dan banyak lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2024 12:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2024 04:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2024 04:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap ke..
kuih muih atau ns lmk sesuai la bungkus ngn daun pishang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 08:33 PM | Show all posts
Baguslah. Biodgradable.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah lama rasa gross dengan any makanan lepas masuk bungkus dengan duan pisang. Kalau daun pisang tu dia masak / bakar skali aku masih ok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Uihhh byk ler nk kena pkai daun pisang bt pmbngkus. Nasi lemak skrang pun kdekut pkai daun pisang letak sehelai ptong 10 dah jd mcm helaian ribbon pun ade kt nasi wat raso raso je gitu. bkn ke mhal jgk ke daun pisang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 28-7-2024 12:04 AM
Aku dah lama rasa gross dengan any makanan lepas masuk bungkus dengan duan pisang. Kalau daun pisang ...

mmg kena layur sekejap atas api
klu tak nnt masa lipat koyak

ko ni mesti tak biasa guna daun pisang kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitorang kat kampung dulu,basuh dulu daun pisang tu then layur2 atas api.
Kena basuh sebab kelawar suka bergayut dekat btg tengah daun tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuku tukang masak tu pjg. Smpi koyak glove dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 28-7-2024 01:08 AM
mmg kena layur sekejap atas api
klu tak nnt masa lipat koyak


Maksud aku mcm ikan bakar, kuih koci, pulut panggang tu ok je lah sebab bungkus dulu pakai daun pisang then baru bakar / kukus. Ni yg jenis mcm nasi lemak, nasi semua dah siap2 masak then baru dibungkus / lapis dengan daun pisang. Yihhh gross, kadang kedai tu lap2 je daun pisang pakai kain buruk. Kalau mass production takda makna kedai makan nak cuci daun pisang sebelum layurkan tu. Sesila tak layur pon daun pisang buat alas je, luar tetap bungkus pakai kertas coklat tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044722 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list