CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15350|Reply: 0

Misi Bekpes Hot tawan Kinabalu

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:00 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Program Bekpes Hot, Misi Tawan Puncak Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah, yang bakal menyaksikan kru segmen pagi stesen bersiaran 24 jam dari lokasi berkenaan, akan menjadi kempen kemuncak stesen nombor satu, Hot FM, tahun ini.

Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata, program yang dicetuskan penyampai segmen Bekpes Hot, Khairy Jamaluddin atau KJ itu adalah inisiatif stesen radio terbabit untuk menempa nama dalam buku Malaysia Book Of Records (MBR).

"Idea untuk tawan puncak Kinabalu itu dicetuskan Khairy dan hanya membabitkan penyampai slot pagi.

"Kami akan berangkat ke Sabah pada November depan. Ini adalah cabaran yang diberi KJ untuk pasukan Bekpes Hot pecahkan rekod Malaysia.

"Sebelum ini, ada stesen radio lain yang ke udara selama 14 jam di Gunung Kinabalu. Jadi, kami akan pecahkan rekod bersiaran selama 24 jam bermula dari jam 6 pagi Rabu sehingga 6 pagi Khamis, keesokan harinya.

"Pengurusan Gunung Kinabalu juga sudah meluluskan permohonan kami dan tarikh yang kami cadangkan sudah dikosongkan," katanya.

Sebagai persediaan, Raja Khairil berkata, semua penyampai dan kru perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan stamina bagi memastikan mereka sihat dan cergas untuk menjalankan aktiviti itu.

"Ketika KJ 'petik' idea ini, Fara Fauzana dan Johan tiada bersama. Johan ketika itu sedang tunaikan Haji manakala Fara bercuti.

"Hanya AG ada bersama KJ. Jadi, apabila Fara dan Johan kembali, mereka terkejut dengan idea itu tapi masing-masing tiada pilihan dan kena bersetuju untuk pergi.

"Kalau tidak buat persiapan, takut bahaya menimpa selain bimbang stamina penyampai tidak cukup cergas untuk pendakian.

"Semua penyampai perlu jalani ujian kecergasan. Kalau ada yang perlukan fisioterapi atau sebagainya, mereka akan diberi rawatan terlebih dahulu.

"Fara akan dihantar ke klinik Selangor FC di Shah Alam untuk lakukan pemeriksaan kesihatan memandangkan dia ada masalah lutut.

"Selepas itu barulah mereka mula berlatih untuk cabaran ini," katanya pada majlis pelancaran Bobbysan x Hot FM Ice Hockey Jersey di Shah Alam, kelmarin.

Yang turut hadir, pengasas dan rakan kongsi Bobbysan Supply, Zahiril Adzim dan Nafiez Zaidi serta barisan penyampai Hot FM antaranya Johan, Fara Fauzana, AG, Fizi Ali dan ramai lagi.

Selain kempen Bekpes Hot, Misi Tawan Puncak Kinabalu, stesen radio di bawah Media Prima Audio itu turut menganjurkan empat program lain iaitu Fafau Healing, #KhairyJawab, Hot 5K Fun Run dan Clash Of Champions yang turut membabitkan pendengar setia stesen radio itu.

Selain itu, Raja Khairil İdris berkata, petugas bahagian teknikal juga perlu membuat persiapan bagi memastikan program yang julung kali diadakan itu lancar.

"Misi ini bakal disertai 15 orang termasuk petugas teknikal, Mereka akan ke sana terlebih dahulu untuk meninjau tempat, uji isyarat untuk radio dan sebagainya.

"Kemudian, kami akan berhubung dengan pihak pengurusan Gunung Kinabalu, bagaimana prosedur untuk membawa pasukan kami seramai 15 orang dari sini.

"15 orang ini termasuklah juruteknik, pasukan digital dan media sosial, penerbit dan sebagainya," kongsinya.

Mengulas kerjasama dengan jenama pakaian jalanan Bobbysan, Raja Khairil berkata, ia adalah bukti komitmen Hot FM untuk sentiasa menyokong dan mempromosikan jenama tempatan.

"Idea untuk bekerjasama ini tercetus ketika zaman jersi sedang menjadi aliran terkini. Jadi, kami hubungi Zahiril memandangkan Bobbysan mempunyai DNA yang lebih kurang sama dengan Hot FM.

"Dengan pengaruh yang ada, kami fikir mereka adalah orang yang paling tepat untuk kami jalin kerjasama.

"Apabila bersama mereka, kami fikir boleh pergi jauh. Selain itu kolaborasi ini juga dijalin kerana Hot FM hendak luaskan lagi jenama Hot FM iaitu sebagai satu gaya hidup dan bukan sekadar stesen radio," katanya.

Mengulas rekaan yang dihasilkan, Zahiril berkata, dia diberi kebebasan daripada segi idea, namun, perlu menepati cita rasa serta tanda dagang radio terbabit.

"Daripada segi rekaan, saya yang buat sendiri. Setengah jersi tempatan mereka letak nombor tertentu bagi menandakan sesuatu tarikh penting tetapi jersi kami guna angka 00 kerana lebih neutral.

"Hot FM beri penuh kebebasan pada saya tetapi ada juga beberapa perubahan kecil yang perlu dibuat sebelum kata sepakat dicapai," katanya.

Kolaborasi eksklusif Hot FM dan Bobbysan menampilkan dua warna berbeza iaitu merah dan biru gelap serta menggunakan material selesa untuk dipakai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037865 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list