View: 21302|Reply: 8
|
‘No comment, talk to my lawyer’ – Michael Ang serah pada peguam
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – “No comment , talk to my lawyer.”
Itu jawapan yang diberikan pengarah dan penerbit, Michael Ang yang berdepan tindakan saman daripada syarikat pengurusan, Armani Entertainment Sdn. Bhd.
Kata Michael atau nama lengkapnya Michael Ang Hai Swee, 48, buat masa ini dia belum boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
“Bukan tak boleh komen tapi tak ada apa nak komen.
“Saya ada peguam, biarlah peguam yang uruskan,” katanya.
Tambah pengarah drama Suri Hati Mr Pilot itu lagi, peguamnya akan memberikan kenyataan tidak lama lagi.
Hari ini, Armani Entertainment mengadakan satu sidang media khas mengumumkan mereka akan mengambil tindakan undang-undang serta menuntut RM500,000 daripada Michael selepas dia gagal melaksanakan perjanjian dalam kontrak yang dipersetujui sejak tahun 2021.
Sebanyak RM250,000 telah diberikan secara tunai manakala separuh lagi melalui sumbangan renovasi rumahnya yang terletak di Desa Park, Kuala Lumpur.
Antara perjanjian yang terkandung dalam kontrak tersebut adalah menjadikan artis Armani Entertainment sebagai pelakon utama drama terbitannya, menjadikan lagu nyanyian artis mereka sebagai runut bunyi serta menjadi peserta program hiburan Gegar Vaganza dan Big Stage. |
|
|
|
|
|
|
|
sampah btul terms kontrak tuh...really2 sampah |
|
|
|
|
|
|
|
gegar vaganza & big stage boleh dibeli ye..kah kah. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa retis bawah com tu yg nak dijadikan lead,penyanyi & masuk gv?
Macam bau fishy sgt... semua nak sauk tp mcm level sugar babi yg x de bakat???
Tu kut mekel ang malas layan |
|
|
|
|
|
|
|
artist pun orang tak kenal..yg tau MK Clique je |
|
|
|
|
|
|
|
gambar tu muka terbaru atau muka lama....sbb lately ni bukan main floless and cekang muka dia.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|