|
TERTARIK dengan perkongsian positif yang sering dimuat naik pelakon Elfira Loy di media sosial membuatkan Sweet Qismina terbuka hati untuk menghadiri kelas ilmu agama.
Mengucapkan terima kasih kepada Elfira, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat mengikuti kelas berkenaan namun tidak kesampaian kerana kekangan masa.
"Alhamdulillah, terima kasih Elfira selalu kongsi yang baik-baik di media sosial. Sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas (agama).
"Selalu nak pergi tapi bercanggah dengan waktu kerja," katanya menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa.
Dalam pada itu, Sweet berkata dia seronok mengikuti kelas agama berkenaan dan mahu menyertainya lagi pada masa akan datang.
Malah, dia akan berusaha menyusun jadual sebaiknya bagi memastikan dapat menyertai program agama sedemikian.
"Tapi betul, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan?
"Nak pergi lagi kelas seterusnya," ujarnya.
|
|