View: 1190|Reply: 0
|
Abang Adik rangkul dua anugerah utama MGGA 2024
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Filem tempatan berjudul Abang Adik merangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, di sini, malam tadi.
Pelakon utama filem itu, Kang Ren Wu yang juga bintang kelahiran Taiwan, dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik manakala aktor tempatan, Jack Tan memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Abang Adik mengisahkan dua lelaki tanpa dokumen mengharungi kehidupan miskin di Malaysia, selain menjadi filem tempatan yang menggambarkan kehidupan di sebuah sudut tersembunyi di Kuala Lumpur.
Kisah berkisar kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan Kang Ren Wu. Mereka hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.
Latar filem di kawasan Kuala Lumpur yang kurang dikenali menambahkan keaslian dan keunikan naratifnya, menjadikannya satu naskhah penting dalam industri perfileman Malaysia.
Sementara itu, filem Jerman, Every You Every Me arahan Michael Fetter Nathansky diumum Filem Terbaik pada edisi ketujuh penganjuran anugerah itu pada tahun ini.
Filem itu juga meraih dua anugerah lain iaitu kategori Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Aenna Schwarz dan kategori Lakon Layar Terbaik pula menjadi milik Nathansky.
Kategori Anugerah Harapan Baharu diberi kepada filem dari Brazil arahan Marcelo Botta berjudul Betania. Kategori Pengarah Terbaik pula dimenangi dua pengarah filem In the Land of Brothers iaitu Alireza Ghasemi dan Raha Amirfazli.
Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik milik You Jenfeen yang mempamerkan aksi cemerlang dalam filem The Great Phuket. Bagi kategori Sinematografi Terbaik menjadi milik Tojo Xavier menerusi filem Rapture.
MGGA 2024 berlangsung hampir dua jam itu dihoskan Alvin Athons dan Chrystina Ng. Selebriti tempatan seperti Zizan Razak, Daiyan Trisha dan Bront Palarae pula bertindak sebagai penyampai anugerah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|