CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3244|Reply: 0

Tiga pasangan bakal ditaja Siti untuk rawatan IVF

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur : Pengalaman 11 tahun menunggu rezeki zuriat membuatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, menerusi Yayasan Nurjiwa sudi menaja tiga pasangan suami isteri yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi memiliki anak.

Siti berkata, kaedah IVF sebagai perjalanan harapan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan memiliki cahaya mata sebagaimana dilaluinya dulu.

"Situasi dan rezeki (anak) setiap orang berbeza, namun kita haruslah berusaha. Saya bersama Yayasan Nurjiwa memberikan tajaan kepada tiga pasangan yang terpilih dan berdoa agar proses rawatan dijalani mereka nanti berjaya sehingga ke akhirnya'' katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun untuk peringkat awal program itu, Yayasan Nurjiwa yang diasas dan dipengerusikan oleh Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan memilih 20 pasangan yang layak dan menepati kriteria bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Alhaya Fertility Centre.

Seterusnya, pihak Alhaya Fertility Centre yang juga rakan kongsi Yayasan Nurjiwa akan memilih tiga pasangan suami isteri bertuah dan layak mendapat tajaan IVF disediakan itu bagi menjalani beberapa siri rawatan yang ditetapkan.

Siti berharap kerjasama dijalankan itu diharap dapat memberi sinar dan peluang kepada pasangan suami isteri yang sabar menunggu rezeki zuriat selepas pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan untuk hamil.

Sebelum ini, Siti pernah melalui pengalaman menjalani rawatan IVF untuk memiliki dua anaknya, Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3, yang baginya dapat dijadikan inspirasi kepada pasangan suami isteri lain yang inginkan zuriat.

"Saya sudah melalui proses rawatan IVF beberapa kali sebelum mendapat anak pertama, Siti Aafiyah dan berusaha lagi menerusi rawatan yang sama untuk anak kedua, Muhammad Afwa.

Terdahulu, hasrat murni untuk membantu itu diluahkan Siti menerusi perkongsian video dimuat naik di TikTok yang menawarkan tajaan rawatan IVF kepada pasangan suami isteri sudah lama berkahwin, namun belum mempunyai anak.

"Saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga dan masih berusaha mendapatkan cahaya mata. Kalian kini boleh memohon dalam program IVF Nurjiwa: Sempurnakan Sebuah Cinta.

"Permohonan awal terhad kepada 20 pasangan saja untuk kita meneliti dan hanya memilih tiga pasangan yang layak untuk tajaan IVF disediakan. Selamat mencuba dan semoga impian anda semua jadi kenyataan," katanya.

Sehubungan itu, Siti mendapat pujian kebanyakan netizen di media sosial kerana berbesar hati membantu pasangan suami isteri yang mengimpikan cahaya mata dan berhasrat bergelar ibu bapa.

Siti mendirikan rumah tangga dengan suami, Khalid atau lebih dikenali Datuk K juga ahli perniagaan pada 21 Ogos 2006.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.668225 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list