CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3397|Reply: 0

'Saya okey, belum mati lagi' - Sathiya

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode




Shah Alam: "Saya okey dan sihat, belum mati lagi. Cuma mengalami serangan angin ahmar ringan saja," kata pelawak veteran, Sathiya, 60, yang sudah pulang ke rumah Sabtu lalu selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar ringan.

Sathiya berkata, dia bersyukur kesihatannya beransur pulih, namun belum mempunyai kekuatan untuk memandu.

"Kaki dan tangan kanan saya mengalami serangan angin ahmar ringan, tapi semuanya berada dalam keadaan baik. Saya masih bergerak seperti biasa, cuma agak terbatas.

"Sejak dibenarkan pulang ke rumah, saya belum boleh memandu lagi sebab belum kaki kanan belum kuat sepenuhnya.

"Jangan risau. Saya baik-baik saja dan sudah boleh meneruskan aktiviti kerja seperti biasa," katanya ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis Ke Poket Artis di sini, hari ini.

Menurut Sathiya, walaupun diuji dengan kesakitan, namun dia enggan membebankan mana-mana pihak.

"Saya tidak harapkan duit sesiapa. Saya ada duit simpanan sikit untuk meneruskan hidup. Duit banyak mana pun, tetap tiada gunanya. Selagi masih ada kudrat untuk bekerja, saya akan teruskan.

"Anak-anak pun sudah besar dan berkeluarga. Saya kini hanya perlu kerja untuk menyara isteri saya," katanya.

Terdahulu, Sathia mengalami serangan angin ahmar selepas mengadu kebas kaki dan tangan ketika sedang bersarapan di rumahnya, baru-baru ini.

Menurut anak sulungnya, Vickynesawwry Nayar, 34, bapanya dikejarkan ke HKL selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati dia terkena serangan angin ahmar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.070541 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list