View: 12074|Reply: 82
|
Kes Hafidz Roshdi Didakwa Pukul Bekas Isteri Ditarik Balik, Mahkamah Tetap Sebutan Semula Pada 13 Ogos Ini
[Copy link]
|
|
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 13 Ogos ini bagi sebutan semula kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa mencederakan bekas isterinya pada Mac lalu.
Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri memaklumkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai majistret bahawa pihaknya masih belum menerima arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.
Kami belum menerima arahan baharu mengenai kes ini susulan pengadu sudah menarik balik laporannya.
Dalam pada itu, Asmaa’ memohon tempoh dua minggu lagi untuk merujuk arahan terbaru.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz Roshdi berkata pihaknya tiada bantahan mengenai permohonan itu.
Kita mengesahkan belum ada arahan terbaru mengenai kes ini justeru, tempoh dua minggu yang dimohon adalah munasabah dan harap ini adalah yang terakhir.
Pada 13 Mac 2023, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika itu, Nurul Shuhada dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.
Pelakon tersebut dituduh melakukan perbuatan berkenaan berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya di sini pada jam 3.22 pagi, 2 Mac tahun lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Untuk info, Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun mereka bercerai pada 27 Julai tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Humairah, 7, dan Umar, 4.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak habis lah rasa dah lama sangat dah kes dorng ni |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkan dah ditarik balik tu dah settle, tapi ada juga sebutan semula. X faham, sesiapa dlm bidang undang2 blh terangkan? |
|
|
|
|
|
|
|
ngai dah bersenang lenang migrate ke aussie kabonya |
|
|
|
|
|
|
|
tak abih lagi ke…lama nau satu satu satu tak abih abih |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nk abisla kes depa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Naik berdarah mata tgk iklan keti |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga si pelaku ni beri kerjasama dan mengaku terus jer.. tak payah drag2 kes ni lama sangat dah. Kesian bekas dia tu nak hidup tenang pun tak boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ada thread ni ye.
Begitulah nampaknya. Kena akur dengan prosedur. Semoga 13 Aug ni ada sinar baru buat kes ini demi meneruskan kehidupan masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 2-8-2024 08:17 PM
Naik berdarah mata tgk iklan keti
Haha. Anggap lah tu peringatan kita semua jgn lupa bersihkn ketiak.. |
|
|
|
|
|
|
|
melekaifc replied at 2-8-2024 05:10 PM
ngai dah bersenang lenang migrate ke aussie kabonya
Petik buah ke basuh pinggan? Pekung dah terbukak cabut lari lah apa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Urmm buat tindakan tak guna otak |
|
|
|
|
|
|
|
BlackpingU replied at 3-8-2024 04:29 AM
Petik buah ke basuh pinggan? Pekung dah terbukak cabut lari lah apa lagi
Kalau betul, mmg mencari masalah baru lah minah ni. Tak habis2 nak cipta kontroversi. Buatlah perangai pelik2 kat negara orang plak Shu oii |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kes ni dpt closure dgn cepat.. Lepas tu, semoga semua pihak dapat move on dgn kehidupan yg lebih tenang.. |
|
|
|
|
|
|
|
melekaifc: ngai dah bersenang lenang migr ...
Aik lepas lak g Aussie, kata org Aussie ni antara yg leceh imi dia. Anak2 dia x school ke, dia pun kerja apa. Bnyk pulak duit dlm akaun bank dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap kaka happy gembira dpt mencemar dulu kt sini bg penjelasan mengenai kes ni.
Td baca kt benang sblh kes ni.sb DPP belum sahkan/ sign je yg ngai tutup kes tnpa paksaan.
Aku mls nk scroll komen utk paste sini |
|
|
|
|
|
|
|
Ngai dah comfirm tarik report. DPP/io dah siasat pengesahan tarik report ngai so sekarang tunggu bos kepada DPP kuala kubu iaitu Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor bagi kata putus nak tarik kes or nak teruskan. Since baru ni belum ada jawapan dari pengarah, kena fix tarikh baru. Dengan harapan masa tarikh baru nanti dah ada kata putus dari pengarah |
|
|
|
|
|
|
|
Akan muncul kembali scene ekspresi muka blurr mata terkatir-katir depan kamera ???? |
|
|
|
|
|
|
|
klau kt korea si hafiz ni dh lama kna cancel
tpi kita kt msia ni rmai akak2 mkck2 pemaaf kasi peluang siap melodi terjah ala gurau2 menerima mamat ensem bertobat |
|
|
|
|
|
|
| |
|