CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36563|Reply: 28

Shukri Yahaya tunggu nak kerjakan watak songsang

[Copy link]
Post time 2-8-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode




BERADA dalam kelompok pelakon ‘gred A’ bukan tiket untuk Shukri Yahaya mendabik dada apatah lagi bersikap selektif dalam setiap watak yang ditawarkan kepadanya.

Kata pemilik nama penuh Mohd Shukri Yahaya itu, setiap tawaran dianggap sebagai tanggungjawab dan kepercayaan daripada penerbit mahupun pengarah yang yakin dengan kemampuannya untuk membintangi sesebuah naskhah.

Pelakon berusia 36 tahun itu turut menegaskan tiada guna bersikap terlalu selektif kerana masih mahu mewarnai kanvas seninya dengan mencuba pelbagai karakter.

HIBGLAM: Lebih sedekad bergelar pelakon, adakah Shukri semakin selektif dalam menerima sebarang watak?
SHUKRI YAHAYA: Saya tidak memilih drama mahupun watak sebab saya anggap itu tanggungjawab. Tiada istilah selektif mahupun cerewet, saya bukan jenis begitu.
Kalau orang cakap saya terima naskhah kurang menarik, sebenarnya itu tugas pelakon untuk mencantikkan karya tersebut.

Kerap menjayakan drama berat, adakah itu memang pilihan sendiri atau tiada tawaran untuk genre berbeza?
Kalau anda perasan, dalam setahun saya hanya ada satu atau dua drama sahaja tetapi alhamdulillah semua berjaya. Kalau orang cakap saya selalu berlakon drama yang mesejnya berat, saya sendiri tiada jawapan.

Sebenarnya saya masih mencari ruang untuk mempelbagaikan karakter agar penonton tidak bosan menonton drama lakonan saya. Bukan penat dengan drama berat tetapi mahu mevariasikan lakonan.

Sebagai pelakon pasti ada watak yang belum anda lakonkan, boleh kongsi?
Banyak lagi yang saya tak cuba, salah satunya watak berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti yang pernah dilakonkan Aaron Aziz dan Gambit Saifullah dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Sebenarnya watak atau naskhah mengenai LGBT antara yang ditunggu, namun kena lihat keterbukaan industri kreatif kita.
Kalau diberi peluang, saya mahu buat tetapi tetap menolak babak terlalu intim.

Sering digandingkan dengan ramai pelakon wanita dalam drama, bagaimana dengan respons isteri anda? Adakah wujud rasa cemburu?
Perempuan dan isteri mana yang tak cemburu tetapi dia tidaklah menunjukkan emosi tersebut secara melampaui batas.

Dia tidaklah meletakkan sebarang syarat tetapi sebagai suami saya sedar batas yang perlu dijaga termasuk ‘senarai’ pelakon dia kurang berkenan.
Apa pun, dia isteri yang sangat memahami dan merupakan penyokong kuat saya untuk terus berkarya sehingga hari ini.

Boleh anda kongsi tentang drama Hai Cinta Dengarkanlah arahan Eoon Shuhaini?
Ini kali pertama saya digandingkan dengan Anna Jobling, kerja dengannya seronok dan mudah serta tiada masalah untuk kami bina keserasian.

Drama ini bukan mengenai lelaki yang hanya mengejar perempuan dan tidak sarat dengan isu.
Watak saya sebagai juruterbang bernama Adib. Karakter dan drama ini agak ringan, harap saya mampu menggalas tanggungjawab ini dengan baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak keluar closetkah? Brokeback mountain mampu?

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sejak bile heols dlm gred A list?? lambertttt lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara pelakon lelaki yg iols suka tgok berlakon after remy sehak. Tp shukri ni bila simpan janggut n jambang dlm drama apa tah terus iols x tgok. Filem pn rs nya heols belum pernah lead kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap Ni gambar trkini ke
Apsal dia nmpak muda
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 09:44 PM | Show all posts
Kenapa gambar dia toleh ke tepi tu macam Tomok zaman OIAM?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2024 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Perasan A list..brapa kerat je filem brlakon smpai dpt title A list..manusia mna yg letak ko dlm A list mmg buta...drama pn xda mencabar mna..zman sblm kawen ye muka boleh jual...skrg hmmm mls nk komen lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat berlakon drama gaduh laki bini pun dah claim pelakon A list?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
hunters replied at 3-8-2024 12:20 AM
Perasan A list..brapa kerat je filem brlakon smpai dpt title A list..manusia mna yg letak ko dlm A l ...

Muka krmbang.  Aku geli tgk dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau perasan dia suka menganjing.  Lebih2 lg bila dgn nanas.  Cm celaka peel.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Gred A since when? Kau lah antara pelakon yang tak berkembang watak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
seriouslah pelakon gred A????
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-8-2024 12:14 PM
Nak keluar closetkah? Brokeback mountain mampu?

Imagine dia berbrokebek mounten dengan Zul Ripon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Choiii grad A,,,,watak ko gitu2 jer,, cintan2 bosan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni bertiang2 lagi best dr si merkeen plaboya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gred A?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Gred A- pun xnampak bayang
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Senarai pelakon gred A? Kepala hotak kau
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 4-8-2024 12:53 PM
dia ni bertiang2 lagi best dr si merkeen plaboya

Mestilah. Dia lebih byk pengalaman kot dr merkin playboy tu. Ada drama baru tgh shoot dgn si jobless tu. Mesti lebih gempak dr MUF
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Binderclips replied at 4-8-2024 07:01 AM
Mestilah. Dia lebih byk pengalaman kot dr merkin playboy tu. Ada drama baru tgh shoot dgn si joble ...

dari awal dia muncul pun bagi impact
and xbanyak sangat gosip liar

hasil penemuan cik Shila Rusli time bersiaran di pasar memang menjadi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.144606 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list