CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37937|Reply: 1

Ramai hantar mesej minta tolong, Pinn Yang mahu buka yayasan - “Saya tak boleh bantu seorang diri”

[Copy link]
Post time 2-8-2024 08:18 PM | Show all posts |Read mode


LEBIH banyak memberi, lebih murah rezeki.

Begitulah prinsip dipegang pencipta kandungan terkenal Pinn Yang sehingga memberinya inspirasi menubuhkan sebuah yayasan khusus bagi membantu lebih banyak golongan memerlukan.

Terkenal dengan kandungan yang sering memberi ganjaran kepada orang ramai, Pinn Yang atau Nicholas Lim Pinn Yang, 31, berkata, idea tersebut tercetus apabila dia menerima banyak e-mel sereta mesej yang meminta bantuan daripadanya.

"Ada di antara mereka saya ada bantu sebab mereka memerlukan tapi apa pula cuba ambil kesempatan dengan menggunakan beberapa nombor berbeza.

"Jika saya seorang memang tak berdaya. Jadi apa saya boleh lakukan adalah dengan mengembangkan perniagaan agar dapat sumbangkan lebih banyak kepada mereka memerlukan.

"Selain itu, cara paling berkesan adalah dengan menubuhkan sebuah yayasan untuk tolong lebih banyak golongan memerlukan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Pinn Yang turut meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir content creator cuba meniru konsep dibuat dengan cara menipu orang lain.

"Kalau tiru konsep tapi buat betul-betul, itu perkara bagus sebab saya pun tak boleh bantu seorang diri.

"Tapi kalau menipu, itu memang tak boleh. saya tidak suka. Ini sudah burukkan nama orang lain," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2024 08:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.511527 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list