CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23455|Reply: 14

Tom Cruise di Acara Penutup Olimpik

[Copy link]
Post time 3-8-2024 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-8-2024 05:47 AM

PARIS: Bintang Hollywood, Tom Cruise akan melakukan beberapa siri aksi mengagumkan dalam segmen video yang akan disiarkan semasa majlis penutup Sukan Olimpik Paris pada 11 Ogos ini, lapor Xinhua.


Penampilan Cruise adalah sebahagian daripada upacara penyerahan Bendera Olimpik dari Paris ke bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2028, Los Angeles.

Menurut laporan, pelakon berusia 62 tahun itu merakam video yang menyaksikan beliau menunggang motosikal melalui kota Paris, turun dari sisi Stade de France, dan kemudian terjun dari pesawat sebelum mendarat berhampiran simbol ikonik industri perfileman yang memaparkan perkataan "Hollywood" di Los Angeles.

Selepas mendarat, Cruise menyerahkan bendera itu kepada seorang atlet yang memulakan larian obor keliling bandar.

Cruise, yang sedang menjalani penggambaran untuk francais filem 'Mission Impossible' terbaharu di Paris, memanfaatkan peluang itu untuk membuat rakaman aksi bagi majlis penutup, mengelirukan ramai yang menyangka ia adalah penggambaran filem biasa.


Menurut laporan akhbar The Guardian, Cruise yang baru sahaja menerima gelaran Knight of the Legion of Honneur daripada Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati mengusulkan idea ini kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang menjanjikan segmen yang mendebarkan.


-- BERNAMA








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat france akan invite lara fabian... Dahulu heshe famous popular kan french songs walaupun canadian...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:05 AM | Show all posts
Wow! Makin koyak lah haters yang kata penganjuran Paris paling hauk dalam sejarah dan mahukan ia gagal padahal olimpik pun tak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:22 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-8-2024 10:05 AM
Wow! Makin koyak lah haters yang kata penganjuran Paris paling hauk dalam sejarah dan mahukan ia gag ...

Bola Liga Malaysia dan Liga Luar Malaysia lagi hauk, terutama apabila tibanya musim Hari Merdeka, Hari Malaysia, Hari Raya Puasa/Haji, Tahun Baru Cina dan Deepavali di samping temasya Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel serta Olimpik sendiri. Mujur taknah minat tgk bola Liga Malaysia dan Liga Luar Malaysia termasuk EPL.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya panggil pink panther..femes dgn peranchiss.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:30 AM | Show all posts
hayrin86 replied at 3-8-2024 10:22 AM
Bola Liga Malaysia dan Liga Luar Malaysia lagi hauk, terutama apabila tibanya musim Hari Merdeka,  ...

ada ja game liga Malaysia ari tu musim2 olimpik ni. Ada juga la yang pi stadium. Tahniah.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2024 10:34 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-8-2024 10:30 AM
ada ja game liga Malaysia ari tu musim2 olimpik ni. Ada juga la yang pi stadium. Tahniah.

Tapi tak ada masa layan bola Liga Malaysia tanpa mengira musim, termasuklah musim Olimpik yang masih lagi berlangsung. Musim Hari Merdeka, Hari Malaysia, Hari Raya Puasa/Haji, Tahun Baru Cina dan Deepavali pun sama juga. Kalau bukan musim-musim yang disebutkan tadi, isu-isu besar dalam dan luar negara termasuk jenayah perang di Palestin lagi penting.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 06:59 AM | Show all posts
aksi lompat sungai kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak ensem egen hunt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 03:56 PM | Show all posts
simbolik lah..sebab dia pelakon gred A Hollywood. Hollywood yg mmg sinonim dengan LA tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2024 09:18 PM | Show all posts
muka TC ni dah macam muka orang mengandung yg ada masalah water retention ... dia ni handsome walau rendah .. patutnya grow old gracefully ajer laaa
mcam BP ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 13-8-2024 01:47 PM
Dah tak ensem egen hunt.

Nampak tua dan nampak kembang dah muka. Dulu nampak sharp. Rasanya umur dah lebih 60tahun kot TC ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tua dah kau, x sabar mission impossible coming soon
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je habis tgk closing.boring.dan aku baru tau yg billie eillish tu anak jati LA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073532 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list