View: 24065|Reply: 7
|
[Tempatan]
Pemilik ‘Outlet’ Dakwa J&T Express Scam, Kenakan Penalti Tak Masuk Akal, pengurusan J&T Express menetapkan sasaran yang mustahil dicapai oleh kebanyakan outlet.
[Copy link]
|
|
Seluruh pemilik outlet J&T Express Malaysia kini berada di bawah tekanan hebat akibat tindakan pengurusan syarikat kurier yang disifatkan sebagai “SCAMMER” oleh mereka.
Aduan yang pertama kali dimuat naik oleh akaun Telegram Edisi Siasat ini adalah suara ratusan pemilik outlet yang merasa tertindas oleh tindakan yang dianggap kejam dan tidak masuk akal.
Salah satu isu utama yang dibangkitkan adalah penalti yang dikenakan jika tidak mencapai sasaran bungkusan.
Pihak pengurusan J&T Express menetapkan sasaran yang mustahil dicapai oleh kebanyakan outlet.
Sebagai contoh, jika sebuah outlet hanya mampu mengendalikan 10,000 bungkusan sebulan, sasaran yang ditetapkan adalah 15,000 bungkusan.
Penalti yang dikenakan untuk setiap waybill yang tidak tercapai adalah RM2.50.
Jika jumlah penalti yang dikenakan sekiranya kekurangan 5,000 bungkusan, ia boleh mencecah RM12,500.
Surat itu mendakwa bahawa ini adalah cara J&T Ekspress mengaut keuntungan secara tidak sah dari pemilik outlet.
Bagi kes kehilangan bungkusan pula, kejadian ini sering kali terjadi dan ia bukannya salah pemilik outlet, tetapi berpunca dari kecuaian di peringkat Gateway.
Namun, penalti tetap dikenakan kepada pemilik outlet, melibatkan puluhan ribu ringgit setiap bulan.
Ketidakjelasan dalam penyata penalti, hanya ditulis sebagai “QC PENALTY”, menambah lagi ketidakpuasan hati pemilik outlet.
Selain itu, setiap outlet diwajibkan memungut bungkusan dari penjual setiap hari dengan cut off time yang ketat.
Walaupun bungkusan telah dipungut, penjual masih mencetak waybill baru dan menyebabkan penalti dikenakan kepada outlet.
Ini jelas menunjukkan ketidakadilan dalam sistem penalti J&T Express.
Dalam kes penghantaran lambat pula, walaupun pemilik outlet telah memberikan alasan kukuh seperti cuaca buruk atau kawasan terpencil, J&T Express tetap mengenakan penalti jika bungkusan tidak dihantar pada hari yang sama.
Penalti yang dikenakan boleh mencapai puluhan ribu ringgit sebulan.
Pemilik outlet J&T Express seluruh Malaysia memohon agar pihak berkuasa turun padang dan menyiasat pengurusan ini di HQ J&T Express di Kuala Lumpur.
Tindakan yang menjurus ke arah penipuan ini perlu dihentikan segera.
Pemilik outlet juga mendakwa dipaksa menandatangani perjanjian yang tidak masuk akal dan diugut dengan penamatan kontrak jika tidak aku
cuba untuk mendapatkan komen J&T Ekspress mengenai situasi ini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
..qc penalty ni macam sama ngan yang kat TEMU tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Done boikot. Pemilik outlet silelah memiliki bisnez lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu penalti yang dikenakan oleh J&T Express kepada pemilik outlet sangat membebankan. Diharap pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi memastikan keadilan untuk semua pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
outlet JnT tmpt aku pun baru ttup.psl benda cmni la
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak hidup macam sebelum wujudnya J&T ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|