Pasukan penyelamat di pelabuhan Porticello sebelum berlepas ke kawasan kapal mewah karam. - Foto AP
PORTICELLO: Empat mayat ditemui dari bangkai kapal mewah milik isteri taikun teknologi Britain, Mike Lynch, pada Rabu.
Pasukan bomba Itali berkata, mereka sedang meneruskan pencarian dua lagi orang yang masih hilang.
Mayat dibawa ke darat menggunakan bot penyelamat sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk proses pengecaman.
Pihak berkuasa tempatan enggan memberikan sebarang maklumat berkenaan mayat yang ditemui.
Daily Telegraph Britain melaporkan, dua daripada yang maut ialah Lynch dan anak perempuannya yang berusia 18 tahun
Mayat yang telah dikenal pasti setakat ini ialah jurubank Morgan Stanley, Jonathan Bloomer dan peguam, Chris Morvillo.
Isteri Bloomer, Judy dan isteri Morvillo, Neda, juga hilang apabila kapal yang membawa 22 individu itu dilanda ribut sebelum karam pada awal pagi Isnin lalu.
Lynch, 59, adalah salah seorang usahawan teknologi terkenal di UK dan telah menjemput rakan-rakan untuk menyertainya di atas kapal layar mewah itu untuk meraikan pembebasannya daripada dakwaan penipuan di Amerika Syarikat.
Kapal Bayesian sepanjang 56 meter telah berlabuh di pelabuhan Sicily, Porticello apabila ribut melanda dan saksi berkata ia hilang di bawah ombak dalam beberapa minit.
Keadaan itu jadi persoalan kepada pakar marin tentera laut yang mengatakan kapal sedemikian dianggap telah dilengkapkan ciri keselamatan kelas atas dan sepatutnya mampu menahan cuaca sedemikian.
Mangsa dipercayai terperangkap di dalam kabin yang sukar untuk diakses lantaran penyelam hanya boleh berada di dalam kapal sekitar 8 hingga 10 minit sebelum terpaksa naik semula.
15 orang termasuk isteri Lynch berjaya menyelamatkan diri dari bot sebelum ia terbalik.
Manakala mayat chef kapal itu, Recaldo Thomas, warga Kanada-Antiguan, ditemui berhampiran lokasi kejadian beberapa jam selepas nahas itu.
Selain pasukan penyelam, pengawal pantai telah mengerahkan dron kawalan jauh untuk mengimbas dasar laut dan mengambil gambar serta video dalam air.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Lynch, 59, adalah salah seorang usahawan teknologi terkenal di UK dan telah menjemput rakan-rakan untuk menyertainya di atas kapal layar mewah itu untuk meraikan pembebasannya daripada dakwaan penipuan di Amerika Syarikat.
kompeni HP tersenyum sinis
Tadi baca Mike Lynch punya rakan subahat pulak mati dilanggar keta masa tgh jogging, minggu lepas.
samada karam atau dikaramkan
benda biasa berlaku kat sana
kebetulan lepas bebas dakwaan, celebrate, karam
pakar marin pon dah cakap kapal camtu patutnya safety terbaik
setakat cuaca buruk ape de hal
lainla kalo langgar iceberg mcm titanik
itu pon ntah ye ke x
tapi ntahla
kaya tapi banyak musuh pun taguna
ni mesti ada yg dendam tak puas hati keputusan mahkamah
and tak logik crew kapal tak cukup terlatih utk menyelamatkan semua penumpang
fishy betul bau nya