CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30274|Reply: 13

[Jenayah] Memegang Batu, Memecahkan Cermin Kereta!

[Copy link]
Post time 27-8-2024 07:54 PM | Show all posts |Read mode


Sudah menjadi perkara biasa buat pemandu untuk meninggalkan kereta secara double park apabila ruang parkir sudah penuh.

Namun, bukan semua orang cukup prihatin untuk meninggalkan nombor telefon supaya boleh dihubungi bagi memudahkan pemilik kereta yang dihalang untuk bergerak keluar.

Susulan itu, ada yang sanggup mengambil alternatif yang lebih ‘keras’ dalam menyelesaikan isu tersebut mungkin kerana ada kecemasan dan seumpamanya.

Baru-baru ini, seorang individu telah merakam babak kejadian di mana sebuah kenderaan yang telah menghalang laluan keluar keretanya dengan memarkir secara berganda yang dipercayai di berlaku di kawasan perumahan.

Pada video tersebut, lelaki itu dilihat sedang geram dan memegang sebongkah batu dengan niat untuk memecahkan tingkap kereta terbabit.

Difahamkan dia mahu berbuat sedemikian kerana mahu menarik brek tangan lalu menolak kereta tersebut daripada menghalang keretanya. Namun, agak pelik juga kerana teknik itu mungkin berkesan jika dibuat pada transmisi manual dan bukannya pada automatik.


Menerusi video seterusnya, dia dilihat berjaya memecahkan cermin kereta yang memarkir berganda di hadapan keretanya.

“Ini makan dia,” luahnya dengan nada puas hati selepas memecahkan cermin kereta berkenaan.

Hantaran video yang dikongsikan di TikTok itu ternyata meraih pelbagai reaksi netizen.

Sebahagian netizen meluahkan rasa puas hati dan bersetuju dengan tindakan ‘keras’ tersebut kerana wujud segelintir pemandu yang tidak mempunyai empati dengan sengaja menghalang kereta lain tanpa meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

“Puas hati aku.

“Ni jalan terbaik bro. Pengajaran untuk orang yang otak dekat lutu. Hidup susukan orang.

“Kasi ajar sikit….menyusahkan orang je,” demikian luahan beberapa netizen berkenaan tindakan tersebut.

Sementara yang lain pula merasakan tindakan vandalisme dengan memecahkan tingkap kereta orang lain dengan sengaja sudah melanggar etika dan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika si mangsa membuat laporan ke pihak berkuasa.

“Alamak ni dah kes polis.. fikir lah dulu sebelum buat tindakan.

“Sokong memang sokong tapi jenayah tetap jenayah di sisi undang-undang.

“Niat baik tapi perbuatan. tak pasal-pasal makan free dekat dalam (
penjara),” berikut komentar netizen yang menentang tindakan vandalisme yang dilakukan oleh individu terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 08:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2024 09:20 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 09:30 AM | Show all posts
pastikan kalau nk doublepark jgn la tarik handbrek mmg sangat menyusahkan org,
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 09:37 AM | Show all posts
kat video ni ramai plk yg komen tak ptt pecah cermin
pdhal berapa ramai plk yg komen jgk
kata terlambat ambik anak
nak pegi hospital
semua delay sbb double park ni
lps ni hrp ada akal la jgn sng2 double parking
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Laminate no phone
Letak kt dashboard
Org call, angkat.
Amalkan
Then, tarik ler handbrake tu kalo xyakin nk biar free
Hidop.. Jgn nyusahkn org, nnt diri sendri btambah² susah.
Bdasarkn pengalaman 14thn duduk flat
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 10:04 AM | Show all posts
awat x tgglkan no phone...bingai jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah butuh padahal depan kedai bodypart kereta tu
Datang nk salin part
Buat la drama sikit
Hempuk pun cm pondan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 11:38 AM | Show all posts
kereta auto tu, cmni dia leh freekn gear tnpa kunci? tu dia tk tunjuk
so dia owner kete yg dia pecah lar..
haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jer free kan gear auto tanpa kunci..biasanya ada button kat tepi gear tu boleh tekan jgn lepas n pijak brek.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulis tajuk mcm bengap ni apahal. Menyampah pulak aku baca. Igt lawak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 28-8-2024 09:58 AM
Laminate no phone
Letak kt dashboard
Org call, angkat.

Klau gear kt P blh tolak ke klau x tarik hand brake?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 31-8-2024 09:54 PM
Klau gear kt P blh tolak ke klau x tarik hand brake?

Xleh. N saje.
Free gear.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060775 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list