![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240829/kch-ub290824-jw-tutup-p1.jpg)
Notis pengumuman penutupan jalan susur keluar Bulatan Riveredge dari 2 hingga 13 September 2024 mulai jam 6 pagi hingga 9 pagi.
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan melaksanakan penyelarasan trafik dan melakukan penutupan susur keluar dari Bulatan Riveredge menuju ke Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub dari 2 hingga 13 September 2024 mulai jam 6 pagi hingga 9 pagi.
Menurut kenyataan DBKU, penutupan susur keluar dari bulatan Riveredge ini dilakukan adalah bertujuan untuk membuat kajian aliran trafik di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub.
“Semasa penutupan jalan di susur keluar Bulatan Riveredge dilakukan, pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif lain iaitu simpang keluar dari Jalan Merdeka.
“Pihak DBKU memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan menggesa pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya serta mematuhi tanda-tanda arah lalu lintas yang telah ditetapkan,” katanya.
|