"Saya tidak mahu terlalu bergantung harap pada orang lain. Saya bukanlah orang susah. Cuma ada ketikanya pernah berdepan waktu sukar," jelasnya.
LAMA tidak muncul, Dharma memberitahu dia ada alasan tersendiri untuk tidak lagi menerima tawaran.
Bagi Dharma Harun Al Rashid, 67, sebagai seorang anak seni dia tidak mahu hanya diberi watak sampingan tanpa memberi kesan terhadap jalan cerita sesebuah naskah.
Biarpun tidak memegang watak hero, namun dia mahu setiap karakter yang diberi kepadanya mampu menghidupkan keseluruhan karya.
"Saya tak suka kalau dipanggil berlakon hanya menjadi bapa atau datuk. Kalau boleh saya ada di situ untuk kejar sesuatu, bukan sekadar watak sampingan.
"Biarlah watak saya itu menghidupkan sesebuah cerita. Bukan nak jadi hero, tetapi sebagai watak utama," katanya kepada mStar.
Dharma ditemui ketika hadir sebagai tetamu dalam majlis doa selamat anjuran Skop Productions yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Khamis.
Kali terakhir dia berlakon adalah pada tahun 2012 menerusi filem Adik Manja Returns.
Kini lebih aktif sebagai penerbit, Dharma juga berharap dia dapat menyiapkan sebuah program berjudul Deko Ibadah untuk musim kedua sebelum menutup mata.
"Selepas Adik Manja Returns saya tidak mahu berlakon lagi. Tetapi saya juga tidak boleh berjanji, kalau badan sihat mungkin akan terima. Dalam keadaan sekarang saya pun tidak tahu bagaimana.
"Apa yang penting sebelum tutup mata (meninggal dunia), saya mahu siapkan Deko Ibadah 2. Saya nak hias rumah Allah. Itu harapan terakhir," ujarnya.
isah Dharma sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas timbul kekeliruan antara produksi miliknya dengan sebuah stesen televisyen berhubung penyiaran program Deko Ibadah yang sudah siap menjalani penggambaran.
Susulan itu, dia juga terpaksa menanggung hutang sewa rumah disebabkan masalah kewangan selepas program tersebut tidak disiarkan oleh stesen berkenaan.
Dalam masa sama, Dharma juga berdepan masalah kesihatan sehingga menyebabkan berat badannya turun sebanyak 20 kilogram berbanding 80 kilogram sebelum itu.
"Alhamdulillah, kehidupan sekarang semakin stabil. Saya ini seorang penerbit... apa cara sekali pun kena cari duit untuk teruskan hidup.
Betul la tu .. style drama Malaysia bila tua jer jadi bapa, jadi atok .. tak boleh ke buat jalan cerita yg dia pegang watak sbg doktor gigi ada wife mata duitan bermasalah dan punya toxic MIL? Disebabkan wife mata duitan bisness pergigian dia musnah dan dia terpaksa berkerja di klinik pergigian kawan lama.
Di klinik ini dia latih satu intern lelaki. Intern ini mak dia cleaning lady. Janda kematian suami. Darma supervisor/guru yang tegas dan tidak disukai ramai .. banyak la adingan dia marah dan tak sependapat dgn si intern. Satu hari intern ni balik lambat, mak dia dtg bawa bekalan/dinner foods ... jeng jeng jeng berjumpa la dia dgn Darma. Rupanya mereka satu sekolah satu ketika dulu.
bagi tau sama dia. si Danish Rosyam Nor pun dah tak jadi hero. dia muka ala2 apek scenario mat pit masih nak pegang watak utama.
Terbit lah filem/drama sendiri.