View: 40775|Reply: 8
|
[Jenayah]
Tak Pernah Membuka Akaun, Menerima SMS Dari Bank Rakyat!
[Copy link]
|
|
Hari ini (2 September), kecoh apabila sesetengah individu menerima SMS didakwa dari Bank Rakyat yang menyatakan mungkin wujud isu berkaitan data yang dikesan dalam sistemnya.
Akaun Facebook Pendakwah Teknologi memuat naik tangkap layar mesej teks tersebut yang didakwa dari Bank Rakyat menerusi nombor ‘shortcode’ 66300.
Ia turut meminta pengguna agar menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau transaksi yang diragui.
Ramai Dakwa Tiada Akaun Bank Rakyat Tetapi Masih Terima SMS
Orang ramai meluahkan rasa gusar dengan kemungkinan pelanggaran data terhadap pelanggan Bank Rakyat.
Malah ada juga yang memaklumkan bahawa mereka telah menutup atau tidak pernah membuka akaun dengan bank tersebut namun masih menerima notifikasi yang dihantar.
Dalam masa sama, beberapa individu turut memuji tindakan Bank Rakyat yang telus dan pantas memaklumkan hal tersebut kepada pelanggan.
Seorang individu berkata dia mungkin menerima SMS tersebut memandangkan dia merupakan penerima kad siswa dari Bank Rakyat.
Belum Ada Kenyataan Dari Bank Rakyat
Carian kami tidak menemukan sebarang kenyataan daripada pihak Bank Rakyat di mana-mana akaun media sosial mahupun laman webnya.
Menurut The Star, Bank Rakyat berkata ia akan mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.
Tambahnya lagi, mereka juga telah menghubungi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi mendapatkan komen.
“SMS Mengandungi Pautan & Nombor Telefon Dilarang” – SKMM
Sebagai info, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa jenis kandungan melalui SMS dilarang bermula 1 September sebagai usaha melindungi pengguna daripada penipuan.
Larangan ini merangkumi pautan, permintaan maklumat peribadi dan nombor telefon untuk dihubungi.
Katanya, aduan boleh dilakukan kepada pihak SKMM melalui laman rasmi jika masih menerima SMS sedemikian.
Selain menggesa pengguna agar sentiasa berwaspada dengan SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut, orang ramai juga diingatkan agar berhati-hati dengan mesej serupa yang dihantar melalui platform komunikasi lain termasuk Google RCS, Apple iMessage, WhatsApp, Telegram dan sebagainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eh iols dapat jugak tapi sebab tak pernah ada acc bank rakyat, ku ignore je la msg tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai seorang rakyat, kita pasti akan dapat sms tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Saya misti pillay! |
|
|
|
|
|
|
| |
|