CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25062|Reply: 0

[Tempatan] Penduduk 3 kawasan perumahan di Johor Bahru diancam bau bahan kimia

[Copy link]
Post time 3-9-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 3-9-2024 10:39 AM

NASIONAL

Penduduk 3 kawasan perumahan diancam bau bahan kimia



Pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor menjalankan pemantauan di lokasi pencemaran bau di Taman Daya, Johor Bahru pagi ini. - Foto Bomba


JOHOR BAHRU: Penduduk di tiga kawasan perumahan di sini diancam bau seperti bau bahan kimia sejak tengah malam tadi sehingga menimbulkan kebimbangan ramai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, kawasan yang terjejas termasuk Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa di sini.

Bomba terima panggilan kecemasan jam 1.30 pagi tadi daripada penduduk di Jalan Sagu, Taman Daya.


Dua unit fire rescue tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 19 anggota di lokasi kejadian jam 1.39 pagi.


"Bagaimanapun bau berkenaan masih belum dikenal pasti punca, jenis dan tahap bahayanya.

"Pemantauan sedang dijalankan selain bacaan udara menggunakan pengesan gas oleh unit Hazmat.

"Punca bau itu sama ada dari sungai berhampiran juga masih belum dipastikan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor menjalankan pemantauan di lokasi pencemaran bau di Taman Daya, Johor Bahru sejak awal pagi hari ini. - Foto Bomba


Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, siasatan masih dijalankan di lokasi terjejas.

"JAS ada menerima aduan dan siasatan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Seorang penduduk, Norhayuda Ahmad, 26, dia yang tinggal di Jalan Sagu, Taman Daya menghidu bau berkenaan sejak jam 12 tengah malam dan ia berlarutan hingga jam 2 pagi tadi.

Menurutnya, pencemaran bau yang berlaku kali pertama itu menimbulkan kebimbangan keluarganya hingga terpaksa menghantar ibunya ke rumah kakaknya di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

"Bau itu menusuk hidung hingga saya mengalami sakit kepala namun saya lebih bimbang dengan ibu kerana dia adalah pesakit asma.

"Bau semakin kurang selepas jam 2 pagi namun hingga kini kami tidak mengetahui puncanya. Kami berharap pihak berkuasa segera mengenalpasti punca pencemaran itu berlaku dan mengambil tindakan sesuai supaya ia tidak berulang," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Roslan Basiran, 40, berkata dia dan ahli keluarganya mengalami batuk selepas terhidu bau seolah kimia dan gas.

Menurutnya, dia melihat sekumpulan pihak berkuasa menjalankan pemantauan di kawasan berhampiran kediamannya tidak lama selepas pencemaran bermula.

"Sebelum ini saya pernah mendengar aduan penduduk Pasir Gudang berkaitan pencemaran udara namun kini ia berlaku di kawasan perumahan ini.

"Diharap ia tidak berulang kerana boleh menjejaskan kesihatan orang ramai," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... cam-bau-bahan-kimia]https://www.bharian.com.my/berit ... cam-bau-bahan-kimia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list