View: 36171|Reply: 0
|
[Tempatan]
Menziarahi Pembangkang Setelah Bertemu PMX!
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerima kunjungan hormat Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sempena lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak mengambil alih kepimpinan pada November tahun lalu.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau bersama ketua portfolio PN yang lain berpeluang membincangkan pelbagai isu dan bertukar pandangan terutamanya aspek kerjasama ekonomi bagi memanfaatkan kedua-dua negara berkenaan.
Selain itu menurutnya, perbincangan juga menyentuh perihal kerjasama sektor pendidikan, isu geopolitik serantau dan antarabangsa, aspek keselamatan atau jenayah rentas sempadan serta diplomasi budaya.
“Kami juga menyentuh potensi dan nilai strategik Malaysia untuk menjadi hab pasaran ekonomi ASEAN dengan lebih 600 juta penduduk yang nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika ini adalah kelima terbesar di dunia.
“New Zealand juga ketika ini adalah rakan dagangan ke-28 terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan bernilai RM11.56 bilion (AS2.54 bilion).
“Luxon sendiri tidak terkecuali berkongsi pengalaman dan cabaran sebelum mengambil alih negara berkenaan serta bagaimana pendekatan yang diambilnya untuk membentuk kestabilan politik di New Zealand,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ketua Portfolio Kewangan, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua Portfolio Luar Negeri, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ketua Portfolio Pengangkutan, Ir Ts Khairil Nizam serta Ketua Portfolio Perpaduan Negara, Dr Halimah Ali.
Sebelum ini, media melaporkan Luxon mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) pada Ahad lalu jam 7.55 malam.
Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong di Kompleks Bunga Raya, KLIA 1.
Difahamkan, Luxon pada Isnin telah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan kerjasama dua hala di bawah Perkongsian Strategik Malaysia-New Zealand yang dimeterai pada 2023, merangkumi empat tonggak iaitu Kemakmuran, Rakyat, Planet, serta Keamanan dan Keselamatan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|