CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40021|Reply: 1

Penduduk desak kerajaan tangani virus Nil Barat, 61 kes kematian direkodkan

[Copy link]
Post time 3-9-2024 10:38 PM | Show all posts |Read mode





MADRID – Penduduk Seville mengadakan protes bagi menuntut pihak berkuasa menangani virus Nil Barat yang menyebabkan lima kematian di wilayah selatan Sepanyol tersebut pada musim panas kali ini.


Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, virus itu merebak pada manusia akibat gigitan nyamuk.


Semua kematian dan 61 kes yang direkodkan dekat  bandar Seville berlaku di kawasan Lembah Guadalquivir.


Keluarga seorang wanita berusia 86 tahun yang meninggal dunia akibat virus itu, Granada Romero Ruiz menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan sebelum kematian pesakit  dengan menyatakan kemarahan dan rasa putus asa.


“Tragedi ini boleh dielakkan jika anda yang berada di pejabat selesa, bertindak dengan bertanggungjawab dan rasa kemanusiaan yang kami harapkan daripada kedudukan anda,” kata mereka.


Nyamuk menyebarkan virus itu kepada manusia dan mamalia lain daripada burung yang dijangkiti.


Dengan kawasan paya dan sawah padi yang luas, Lembah Guadalquivir mempunyai ekosistem menggalakkan bagi pembiakan nyamuk.


Seorang pakar penyakit tempatan, Jordi Figuerola berkata, musim sejuk yang sederhana dan musim bunga yang basah telah membawa peredaran virus lebih cepat pada tahun ini.


Dalam kebanyakan kes, virus Nil Barat  menyebabkan simptom sama ada sangat kecil atau tiada gejala, dengan warga emas adalah golongan paling berisiko. – AGENSI


SUMBER: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kurang macam perhimpunan desak kerajaan turunkan harga barang ler kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043054 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list