View: 8967|Reply: 6
|
[Tempatan]
'Saya nak bankrapkan pesalah rasuah... ini boleh mendatangkan rasa takut' - Azam Baki
[Copy link]
|
|
'Saya nak bankrapkan mereka... ini boleh mendatangkan rasa takut' - Azam Baki
September 4, 2024 @ 11:08am
(Gambra fail) Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. - NSTP/ASWADI ALIAS
PUTRAJAYA: Pendekatan penyiasatan dan perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuh dalam usaha mengesan aset yang dicuri oleh penjenayah rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata, operasi SPRM kini lebih memfokus kepada bukan saja menangkap pesalah rasuah dan mendakwa mereka di mahkamah, tetapi juga membankrapkan mereka.
"Untuk tahun ini saja, kita dapat kembali RM1.3 bilion daripada jumlah aset penjenayah dan duit itu (kita) bagi balik kepada kerajaan. Kalau boleh semua agensi penguat kuasa bukan saja berusaha menggembleng tenaga menangkap penjenayah dan tuduh di mahkamah, tetapi kita juga merampas semula harta yang dicuri penjenayah.
"Saya nak bankrapkan mereka (penjenayah rasuah) dan ini boleh mendatangkan rasa takut kepada mereka supaya berfikir banyak kali dalam melakukan jenayah rasuah," katanya kepada Bernama dalam temu bual, baru-baru ini.
Azam berkata, peruntukan undang-undang bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 membenarkan SPRM merampas aset penjenayah untuk mengembalikan hasil yang dicuri kepada kerajaan.
Beliau berkata, usaha berkenaan memerlukan pengetahuan dan kepakaran tinggi daripada pegawai penyiasat serta forensik.
"Bayangkan penjenayah rasuah itu meletakkan harta dalam proksi, siapa tahu. Oleh itu, pendekatan penyiasatan serta perisikan kita mesti mantap dan diperkasakan.
"Sebelum mahu menyiasat seseorang itu, kita perlu mengenal pasti aset yang telah dilupuskan dan disalurkan kepada mana-mana pihak supaya kita dapat pastikan aset ini (dikembalikan) semula," katanya.
Mengambil contoh kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Azam berkata, usaha keras SPRM bersama agensi lain membuahkan hasil apabila RM29 bilion dipulangkan kepada kerajaan daripada kos prinsipal RM42 bilion.
Malah, katanya, SPRM juga telah mewujudkan pasukan petugas di agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk berkongsi kepakaran dalam kes-kes sindiket.
Selain penguatkuasaan, beliau berkata, SPRM turut berperanan dalam pencegahan dan pendidikan masyarakat melalui media arus perdana serta kempen menerusi media sosial.
"Penggunaan media sosial dioptimumkan selaras kehendak masyarakat, contohnya program debat secara penstriman langsung yang membolehkan masyarakat menyaksikannya," katanya.
Azam berkata, pendidikan terhadap masyarakat disampaikan dari peringkat rendah hingga universiti, contohnya melalui Angkatan Mahasiswa Antirasuah yang dimulakan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Katanya, fokus SPRM ketika ini lebih kepada ketirisan berbanding 10 tahun lalu yang menangani kes walaupun sekecil-kecilnya pada waktu itu.
Beliau berkata, kategori jenayah rasuah kini lebih tertumpu kepada pemberian dan penerimaan suapan, rasuah dalam perolehan yang menyebabkan ketirisan besar, serta rasuah berskala besar.
Walaupun kategori kes rasuah tidak banyak berubah, Azam berkata, jumlah yang terbabit semakin tinggi kerana ia berkaitan dengan ekonomi negara.
Ditanya mengenai negara luar yang boleh dijadikan contoh, beliau berkata selain Hong Kong, SPRM juga mempelajari amalan daripada negara lain, termasuk Qatar yang menggunakan sistem digital sepenuhnya untuk pembayaran kompaun trafik, sekali gus mengurangkan gejala rasuah.
Beliau turut mencadangkan sistem perkhidmatan kerajaan diperbaiki dengan digitalisasi bagi mengelak rakyat daripada beratur panjang, seperti cap jari untuk menukar hak milik.
"SPRM ditubuhkan pada 1967, jadi kita (SPRM) sudah berusia 57 tahun. Banyak negara ingin belajar daripada kita walaupun ada yang menafikan peranan SPRM dalam arena antarabangsa. Contohnya, delegasi Uzbekistan yang baru menubuhkan agensi antirasuah pada 2020, datang untuk libat urus dengan SPRM.
"Agensi berkaitan perlu mencari jalan untuk memudahkan urusan rakyat, sebagai sebahagian daripada agenda reformasi perkhidmatan rakyat yang akan memberikan sistem penyampaian lebih baik dan cepat serta mengelakkan peluang rasuah," katanya. – BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar bankrap tak cukup. Pastikan setiap pengkhianat negara (perasuah/penyeleweng dll) mendapat cenderamata kekal kat punggung masing². Mohon hukuman sebat biar sampai menitik darah hancur melelas daging bontot masing² yg mengkhianati negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Chop 'makan rasuah' dengan besi panas kat dahi bagi semua orang nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
nak mufliskan diri sendiri ke maksudnya ? |
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen replied at 5-9-2024 07:55 AM
Cermin mana cermin
Dia lupa tgk bang...
Level jerung senyum sinis jer la. Agaknya kalau pulangkan balik boleh kena dakwa & bangkrap jgk ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|