View: 8506|Reply: 15
|
[Dunia]
Remaja tembak mati 2 guru, 2 pelajar sekolah di AS
[Copy link]
|
|
Remaja tembak mati 2 guru, 2 pelajar sekolah di AS
www.bharian.com.my
September 5, 2024 @ 8:28am
Pegawai bersenjata kelihatan di luar Sekolah Tinggi Apalachee di Winder, Georgia, Amerika Syarikat (AS) selepas berlaku kes tembakan. - Foto AFP
WINDER: Seorang pelajar lelaki membunuh sekurang-kurangnya empat orang, termasuk dua pelajar dan dua guru selain mencederakan sembilan lagi apabila melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi di Georgia pada Rabu.
Biro Siasatan Georgia berkata, suspek berusia 14 tahun, yang juga pelajar di sekolah itu, berjaya ditahan dan dia akan didakwa membunuh serta dibicarakan sebagai orang dewasa.
Selepas kes terbaharu dalam krisis keganasan senjata api di Amerika Syarikat (AS) itu, hampir 400 tembakan besar-besaran berlaku pada tahun ini saja.
Orang ramai berkumpul di padang sukan di luar Sekolah Tinggi Apalachee, dengan ada yang membentuk bulatan dengan tangan mereka dipautkan.
"Pegawai sumber sekolah kami berinteraksi dengannya," kata pegawai polis daerah, Jud Smith kepada pemberita, merujuk kepada pegawai penguatkuasa undang-undang yang bekerja di sekolah AS.
Orang ramai meletakkan bunga semasa menghadiri upacara berkabung di Taman Jug Tavern berikutan kes tembakan di Sekolah Tinggi Apalachee di Winder, Georgia, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS
"Penembak itu dengan cepat menyedari bahawa jika dia tidak menyerah, maka dia akan ditembak. Justeru, dia menyerah, berbaring di tanah dan timbalan kami menahannya," katanya.
Beliau berkata, polis belum mengetahui sama ada penembak itu menyasarkan individu tertentu dan pihak berkuasa juga belum mengenal pasti senjata yang digunakan.
Kes tembakan itu berlaku berhampiran bandar Winder, kira-kira 70 kilometer (km) ke timur laut Atlanta.
Presiden AS, Joe Biden, berkata beliau berkabung atas kematian mangsa yang terbabit dan mengucapkan takziah kepada keluarga mereka.
Orang ramai memegang lilin semasa menghadiri upacara berkabung di Taman Jug Tavern berikutan kes tembakan di Sekolah Tinggi Apalachee di Winder, Georgia, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS
"Pelajar di seluruh negara sedang belajar bagaimana untuk melindungi diri dan mengelakkan tembakan, berbanding belajar membaca dan menulis. Kita tidak boleh terus menerima ini sebagai sesuatu yang biasa," katanya.
Bercakap di sebuah acara kempen di New Hampshire selepas kejadian tembakan itu, Naib Presiden, merangkap calon Presiden Demokrat, Kamala Harris, berkata sudah tiba masanya untuk mengakhiri 'epidemik keganasan senjata'.
Calon presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump, berkata pelaku tembakan itu adalah "raksasa yang sakit dan terganggu."
Arkib Keganasan Senjata (GVA), berkata pada tahun ini, sekurang-kurangnya 384 kes tembakan besar membabitkan sekurang-kurangnya empat mangsa, sama ada menyebabkan kematian atau kecederaan, berlaku di seluruh AS.
GVA berkata, sekurang-kurangnya 11,557 orang terbunuh akibat keganasan senjata tahun ini di AS. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
senang2 kan dapat weapon kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
GVA berkata, sekurang-kurangnya 11,557 orang terbunuh akibat keganasan senjata tahun ini di AS. -
Tompang tanya, AS tu singkatan untuk afrika selatan ke acaner.. nape terok sangat sampai berbelas ribu orang mati setahun akibat pew pew pew tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Cases like this, buat kan aku nasib la aku dilahirkan di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kt sana senjata menembak ni cm senang diperolehi kn... |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 5-9-2024 09:25 AM
GVA berkata, sekurang-kurangnya 11,557 orang terbunuh akibat keganasan senjata tahun ini di AS. -
T ...
Dukun AS |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak dah kes budak sekolah tembak menembak kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau yg tembak tu moslem..dan2 dicakapnya serangan terroris khen...tp kalau org dia yg buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Mat salleh kan pelajar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Zezo replied at 5-9-2024 12:27 PM
Cases like this, buat kan aku nasib la aku dilahirkan di Malaysia.
Walaupun org duk mengagungkan kehebatan duduk obersea especially US nun..iols lagi prefer Malaysia nan terchenta
Kes penculikan pelik2 pun banyak kat sana...tak pernah la.rasa selamat..sini puj ada kes bunuh2 tp idokle mcm kt sana nun |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin mental adik ni problem |
|
|
|
|
|
|
|
Pelobi senjata api masih kuat di sana. Mereka la yang influence ahli politik untuk menolak sebarang gun control. |
|
|
|
|
|
|
|
US kene buat Norma baru
setiap pelajar wajib pakai bulletproof vest
pakai helmetkevlar steel bagai
barula bole pi sekolah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|