CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21292|Reply: 0

[Sarawak] Pembinaan Pusat Latihan GJPBS kini dalam fasa kenal pasti tapak sesuai

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode


Irwan (dua kiri) berkongsi pandangan dengan Abang Johari ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier di Wisma Bapa Malaysia hari ini. -Gambar UKAS

KUCHING: Pembinaan Pusat Latihan Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) kini dalam fasa mengenal pasti tapak sesuai untuk projek itu.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memetik Pengerusi GJPBS Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie sebagai berkata, tujuan pusat latihan tersebut dibina antara lain untuk memberi latihan kepada jurutera di bawah gabungan itu serta menyediakan pusat penyelidikan dan pusat makmal ujian.

“Tujuan utama kita menetapkan tapak untuk pusat latihan ialah bagi menyediakan latihan kepada jurutera-jurutera kita, menghadiri kursus, mengadakan seminar dan sebagainya.

“Dan kita juga mencadangkan pusat latihan itu akan mempunyai pusat penyelidikan dan pusat makmal ujian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Irwan memberitahu bahawa projek pembinaan pusat berkenaan dijangka bermula pada awal 2026 selepas mendapat kelulusan.

“Sekarang kita perlu mendapatkan tapak dahulu dan peringkat cadangan reka bentuk, kelulusan daripada pihak berkuasa dan sebagainya, mungkin mengambil masa lebih kurang enam bulan ke satu tahun.

“Sekarang 2024, mungkin 2025 kita akan dapat kelulusan dan hujung tahun 2025 atau awal tahun 2026 akan memulakan pembinaan,” jelasnya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi GJPBS Dato Winsel Ahtos, Setiausaha GJPBS Noorazan Morshidi dan Bendahari GJPBS Zamhuri Drahman.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.249098 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list