CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21354|Reply: 0

[Sarawak] Swinburne Sarawak sahkan berlaku insiden keselamatan siber, sedang ambil tindakan segera membendungnya

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:51 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber dan kini sedang mengambil tindakan segera untuk membendungnya.  

Swinburne Sarawak menerusi kenyataan hari ini berkata, pasukan sokongan pihaknya telah bertindak dengan cepat untuk menyelesaikan dan meminimumkan insiden keselamatan siber tersebut.

Perkara itu juga katanya, telah dimaklumkan kepada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (CERT) Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan Malaysia.

Tegasnya, sistem perniagaan teras universiti telah dipulihkan sepenuhnya tanpa memberi kesan selanjutnya kepada operasi.

“Kami sedang bekerjasama dengan pakar untuk memastikan butiran lanjut tentang kejadian dan melengkapkan siasatan forensik.

“Siasatan kami setakat ini telah mengesahkan bahawa beberapa imbasan pasport, surat penyiapan dan permohonan pelajar telah dicuri.

“Pada masa ini, kami gagal mengenal pasti berapa ramai pelajar mahupun pelajar mana yang terjejas akibat insiden tersebut,” ujar kenyataan terbabit.

Tambah kenyataan itu, perkhidmatan sokongan sedang disediakan untuk pelajar dan kakitangan terjejas untuk membantu mereka pada masa ini.

Jelasnya, Swinburne Sarawak komited untuk mengukuhkan langkah keselamatan siber pihaknya untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.

Untuk rekod, sistem IT Swinburne Sarawak adalah bebas daripada sistem Swinburne di Australia dan kampus Swinburne di Australia tidak terjejas oleh kejadian ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050665 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list