CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21483|Reply: 0

[Sarawak] OSCC kini tersedia di semua hospital di seluruh Sarawak

[Copy link]
Post time 5-9-2024 01:55 PM | Show all posts |Read mode


Yong (tiga kiri) merakam kenangan bersama Dr Azlee (dua kiri), Zubaidah (tiga kanan) dan yang lain pada sidang media selepas mesyuarat OSCC hari ini.

KUCHING: Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) kini tersedia di semua hospital di seluruh negeri ini, kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Azlee Ayub.

Menurut Dr Azlee, perkhidmatan itu boleh didapati di 21 hospital kecuali Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan dan Hospital Sentosa di Batu 7 di sini.

Katanya, Pusat Jantung Sarawak dan Hospital Sentosa tidak menyediakan perkhidmatan untuk OSCC disebabkan ketidaksesuaian untuk mewujudkan pusat itu di dua hospital berkenaan.

“Bagaimanapun, bagi orang ramai yang berada di sekitar kawasan Pusat Jantung Sarawak dan Hospital Sentosa, mereka boleh mendapatkan rawatan awal di kedua-dua hospital sebelum dirujuk ke HUS.

“Ketiadaan OSCC di kedua-dua hospital kerana kita melihat kesesuaian hospital itu, misalnya Pusat Jantung Sarawak lebih kepada pakar-pakar dalam perubatan jantung.

“Begitu juga di Hospital Sentosa yang lebih kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah mental,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat OSCC di sebuah hotel di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi OSCC Datuk Lily Yong Lee Lee  berkata, pihaknya akan melakukan pelbagai program sesuai dengan perkembangan masa kini bagi memberikan pendedahan mengenai masalah isu sosial kepada masyarakat.

“Terutama untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai isu-isu sosial tersebut. Disebabkan itu, kita bakal menjalankan kerjasama dengan setiap jabatan termasuk pengamal media supaya objektif itu dapat dicapai.

“Kita perlu mencari program yang lebih berkesan yang dapat melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar-pelajar kita kerana sebaiknya, pendedahan ini perlu dilakukan bermula dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Sarawak Zubaidah Sharkawi memberitahu pihaknya ada menyediakan perkhidmatan konsultasi guaman dengan bayaran serendah RM10.

Katanya, perkhidmatan itu bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga terutama daripada golongan B40.

“Sehubungan itu, orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Jabatan Bantuan Guaman Sarawak melalui Facebook, Instagram dan laman web rasmi kami.

“Mereka boleh menghubungi kami bila-bila masa sahaja. Kami bersedia memberikan perkhidmatan atau konsultasi guaman kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga terutama dalam kalangan B40,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.245536 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list