CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23038|Reply: 0

[Sarawak] Pemuda disabit dua tuduhan amang seksual dipenjara dan disebat

[Copy link]
Post time 5-9-2024 02:08 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun berserta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh, 27, dijatuhi hukuman penjara lima tahun berserta dua sebatan sementara penjara tiga tahun bagi pertuduhan kedua, di mana hukuman penjara itu diarah berjalan serentak bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu 29 Mac 2024.

Tertuduh juga diperintah mengikuti kaunseling semasa menjalani hukuman, selain berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang mangsa berusia 10 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) AKSTK 2017 iaitu melakukan serangan seksual tanpa sentuhan fizikal dengan menayangkan badan kepada mangsa terbabit.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 24 Mac 2024, kira-kira jam 10 malam di sebuah premis di Jalan Bukit Assek.

Berdasarkan fakta kes, pada 24 Mac 2024 kira-kira jam 10 malam, pengadu bersama suaminya sedang berada di rumah mereka di Jalan Tong Sang apabila mereka mendapati mangsa tidak berada di rumah.

Mereka kemudian pergi mencari mangsa sebelum suami pengadu menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali memberitahu mangsa sedang bersamanya di sebuah premis di Jalan Bukit Assek.

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan pada 29 Mac 2024, kira-kira jam 1.35 petang, tertuduh telah ditahan di pekarangan Balai Polis Pusat Sibu.

Siasatan mendapati pengadu ialah ibu kepada mangsa sementara tertuduh bekerja dengan suami pengadu.

Sebelum kejadian, tertuduh berada di rumah pengadu serta minum minuman keras bersama.

Tertuduh kemudian membawa mangsa ke tangga bersebelahan sebuah pasar raya mini di Jalan Bukit Assek, sebelum menanggalkan pakaiannya serta menyentuh badan dan dada mangsa.

Mangsa kemudian menjerit sebelum dia diselamatkan oleh seorang lelaki.

Tertuduh bertindak melarikan diri tanpa pakaian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.116733 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list