View: 39584|Reply: 10
|
[Tempatan]
'Oyen Ucuk' Tidak Mengaku Sokong & Miliki Gambar ISIS
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bekas pengajar al-Quran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menyokong dan memiliki gambar berkaitan kumpulan Negara Islam (IS) sejak Disember tahun lalu.
Muhammad Sani Mahdi Sahar, 31, yang juga pekebun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.
"Tidak, tidak (bersalah)," katanya dalam kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan pertama, dia yang memakai baju-T didakwa memberi sokongan kepada kumpulan IS menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama dalam bahasa Arab, Abu Ibrahim yang kemudiannya ditukar kepada 'Oyen Ucuk'.
Perbuatan itu dilakukan di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Tingkat 24 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, 9 pagi, 19 Disember 2023.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 40 tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 'item' iaitu tiga gambar dikaburkan dengan keterangan gambar menyatakan individu terbabit berbai'ah kepada Abu Hafsah Al-Hasimi Al-Quroshi yang juga pemimpin IS kelima di Facebooknya yang menggunakan nama sama.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki gambar program memperingati kejadian militan yang berkait dengan IS yang menawan suatu kawasan di Mozambique pada 2020 juga di Facebook sama.
Semua kejadian itu berlaku di tempat sama pada 8 malam, 26 Mac dan 9.16 malam, 30 April lalu.
Bagi kedua-dua pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut peruntukan sama, iaitu penjara sehingga tujuh tahun, manakala harta digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dirampas.
Dalam kes ini, tertuduh diwakili peguam, Asiah Abd Jalil, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mat Radzi.
Mahkamah menetapkan sebutan kes itu pada 19 November depan.
Pada Mac 2016, tertuduh dipenjara selama 18 bulan selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, kerana memiliki 30 video berkaitan pengganas.
Dua tahun kemudian iaitu pada Julai 2018, mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap tertuduh atas tiga pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan IS. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Batang oyen ucuk besar dak sissy? |
|
|
|
|
|
|
|
Dimaafkan cikpor sebab body oyen ucuk acam sedap. Gituuu iols bias. |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz Sado..ucuk acam |
|
|
|
|
|
|
|
Acik forum maaf kan ye |
|
|
|
|
|
|
|
Oyen ucuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga @Kurex terpenjara sekali dgn oyen ucuk ni |
|
|
|
|
|
|
|
riyadhK replied at 6-9-2024 12:48 AM
Semoga @Kurex terpenjara sekali dgn oyen ucuk ni
choissssss nanti iols kena penggal dalam penjara tu |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal la jantan2 loser ni suma dok romanticise ISIS. Macam tadak beda dengan tino2 hard fan Kpoop dok romanticizing negara jahat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak masuk penjara sama dgn syed kan? Ghisauuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|