View: 41983|Reply: 0
|
[Tempatan]
Isu Peminat Bola Boikot: Temu Bual Wanita Semasa Pestabola Merdeka Cetus Persoalan
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 6-9-2024 12:09 AM
Sebelum ini, kenyataan wanita terbabit yang menjelaskan dirinya bersikap profesional dengan turun menyokong Harimau Malaya meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial dipercayai mengecam dirinya.
Semalam (4 September), telah berlangsung acara Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan pasukan bola sepak kebangsaan berjaya menumpaskan Filipina 2-1.
Bagaimanapun, dalam perlawanan tersebut kelihatan tidak ramai pemain ke-12 iaitu penyokong Harimau Malaya yang berada di stadium dipercayai berikutan isu seruan boikot kejohanan berkenaan sebagai tanda protes terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Apa yang mencuri tumpuan lagi, tular juga semalam satu video temubual saluran sukan, Astro Arena bersama dua wanita yang hadir memberi sokongan terhadap skuad kebangsaan.
Tular video temubual wanita bersikap profesional
Dalam video tersebut, wanita terbabit menyatakan dia bersama kakaknya bersikap profesional dengan tetap hadir ke stadium bagi memberi sokongan terhadap Harimau Malaya.
“Yang boikot itu isu luar padang, kita make it professional so kita datang je support Harimau Malaya kita,” katanya.
Pun begitu, jawapan wanita terbabit kemudiannya meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial yang dipercayai menyebelahi seruan boikot Pestabola Merdeka mengecam dirinya manakala sebahagian lagi merasakan dia berhak turun ke stadium.
Wanita terbabit tampil dakwa jawapan itu diberikan oleh penemu bual
Namun dalam masa sama, tular satu tangkap layar komen oleh seorang pengguna TikTok dipercayai wanita terbabit yang mendakwa bahawa ‘jawapan’ yang diberikannya dalam temu bual itu adalah diberikan oleh penemu bual berkenaan.
“Saya dengan kakak datang untuk berseronok sahaja, sebab kami dapat tiket percuma dan saya jawab macam itu sebab dapat jawapan dari abang yang temu bual itu.
“Saya dengan kakak tak ‘alert’ pun isu semasa. Maaf bagi mana-mana pihak yang terasa, semoga yang baik-baik sahaja untuk semua pihak, janganlah kecam kitorang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut ternyata mencetuskan perdebatan hangat di media sosial sehingga ada yang menuduh saluran sukan berkenaan tidak bersikap neutral.
Tangkap layar yang tular di media sosial
Wartawan sukan nafi sediakan jawapan, hanya soalan
Cakna dengan apa yang berlaku, wartawan terbabit tampil memberi penjelasan dan menafikan dakwaan yang dibuat oleh wanita berkenaan
“Maaf jawapan tak disediakan, hanya soalan sahaja,” ringkas ciapnya di akaun X miliknya.
Penjelasan itu membuatkan ada pihak yang mula mempercayainya dan ada yang sebaliknya.
Berdasarkan pengalaman kami mengadakan temubual, tiada jawapan yang disediakan, sebaliknya hanya soalan yang akan diberikan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|