CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34153|Reply: 9

Atlet Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei meninggal dunia dibakar teman lelaki

[Copy link]
Post time 6-9-2024 08:34 AM | Show all posts |Read mode





ATLET Olimpik dari Uganda, Rebecca Cheptegei dilapor meninggal dunia pada Khamis selepas bertarung nyawa akibat dibakar hidup-hidup oleh teman lelakinya dalam satu kejadian di Kenya pada 1 September lalu.


Berita sedih itu disahkan Ketua Jawatankuasa Olimpik Uganda, Donald Rukare selepas atlet berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan parah atas perbuatan kejam teman lelakinya.


Reuters melaporkan, tubuh Cheptegei melecur lebih 75 peratus dan semua organnya tidak berfungsi sejak Rabu malam.


Kejadian menyayat hati itu berlaku hanya beberapa minggu selepas Cheptegei menyertai maraton di Sukan Olimpik Paris, di mana dia menduduki tempat ke-44.


Sementara itu, media Kenya melaporkan kejadian serangan yang berlaku di kediamannya itu turut disaksikan salah seorang anak perempuan mangsa.


Difahamkan, polis telah menahan seorang lelaki dikenali sebagai Dickson Ndiema Marangach atas dakwaan menyimbah petrol sebelum membakar mangsa.


Pada 2021, Agnes Tirop dari Kenya ditemukan mati ditikam di rumahnya di bandar Iten, Rift Valley pada 13 Oktober.


Tirop memecah rekod dunia 10 kilometer wanita di Jerman dan memenangi pingat gangsa di Kejohanan Dunia 2017 dan 2019 dalam acara 10,000 meter.




Sumber  – Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 09:40 AM | Show all posts
harap2 ada keadilan buat mangsa. trauma anak dia tengok mak dia kena bakar..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakar balik bf durjana tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya jatey nate beghuk niii
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesanan kakalong pada adik2 ahli forum.. kalau dah nampak red flag pada lelaki idaman uols tu baikla angkat kaki awal2. Jangan kerana cinta membutakan matahati. Alhasil jadi macam minah ni. Selayaknya konek heols dibakar atau dicucuh besipanas
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa atlit2 kenya yang pompuan dibunuh ye?

2021-agnes tirop - mati ditikam
2024-rebecca cheptegei -dibakar hidup2

Dua2 mangsa atlit larian negara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakalongmu replied at 6-9-2024 10:52 AM
Pesanan kakalong pada adik2 ahli forum.. kalau dah nampak red flag pada lelaki idaman uols tu baikla ...

Entah2 si jantan jongos ni naik kapalterbang pun tak pernah.  Sebab tu jeles tengok awek ni cikcurr ke Paris..  Lahanat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 02:27 PM | Show all posts
babyLON. replied at 6-9-2024 01:45 AM
Bakar balik bf durjana tu.

Boipren dia pon sama2 terbakar kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mati tak sempat beriman pada Allah. Inilah kerugian orang2 kafir yang tak mau beriman pada Allah. Dah lah hidup sekejap je di dunia, di akhirat akan diseksa dengan siksa neraka selama-lamanya pula akibat menjadi kafir derhaka pada Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 6-9-2024 02:11 PM
Kenapa atlit2 kenya yang pompuan dibunuh ye?

2021-agnes tirop - mati ditikam

Mungkin sebab mabuk dan cemburu kot. Org2 kafir ni selalu minum arak macam minum air, kalau dah mabuk bergaduh sebab cemburu ke tak puas hati ke, lepas tu sampai membunuh. Sebab tu arak ni ibu segala maksiat dan kejahatan. Arak dapat buat manusia merogol dan membunuh pada masa sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.431079 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list