Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu mengambil sekeping ikan salmon sashimi dan memakannya sambil memegang bayi.
Setiap wanita yang telah melalui proses bersalin tidak kiralah secara normal mahupun pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi.
Ini kerana, semasa proses tersebut berlaku membuatkan seseorang ibu mungkin mengalami tekanan, kehilangan darah dan bermacam-macam lagi. Seperti di Malaysia, kebiasaannya para ibu yang bersalin akan melalui proses berpantang selama beberapa hari bagi memastikan si ibu benar-benar sihat. Oleh itu, ada segelintir yang melarang pengambilan beberapa makanan kerana ingin menjaga dalaman lebih baik sehingga ke hari tua. Wanita makan sushi selepas bersalinBaru-baru ini, seorang wanita yang juga influencer telah menjadi bualan ramai selepas dia dilihat memakan makanan mentah selepas bersalin. Menerusi video yang dimuat naik oleh Eynanan di TikTok, awalnya kelihatan wanita berkenaan berada di atas katil hospital sambil memegang bayi yang dipercayai baru dilahirkan. Makan salmon lepas bersalin sebagai ganjaranApa yang lebih menjadi perhatian, kelihatan di meja hadapan wanita tersebut terdapat beberapa bekas sushi. Malah wanita itu juga dilihat memakan sekeping ikan salmon sashimi sambil memegang bayinya. Di ruang kapsyen, wanita itu mengatakan ia adalah ganjaran untuk diri sendiri. Ramai nasihat untuk jaga pantang selepas bersalinTindakan wanita tersebut yang dilihat menikmati sushi selepas bersalin telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai. Ada segelintir darinya yang kurang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut dan berpendapat dia sepatutnya menjaga pemakanan sewaktu proses berpantang. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang tidak menjaga pemakanan ketika pantang apabila mengalami keadaan yang tidak menyenangkan seperti bengkak dan bermacam-macam lagi. Terdapat juga yang menasihatkan wanita itu untuk menjaga pantang dengan sebaiknya. Ada yang setuju wanita makan sushi asalkan tak beri kesan pada kesihatanNamun ada juga segelintir netizen yang menyokong tindakan influencer berkenaan dan berpendapat asalkan makanan yang diambil tidak memberi kesan kepada kesihatan. Selain itu, ada yang mengatakan ikan salmon juga dipercayai bagus untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. “Sis pun pernah berpantang makan sushi ni dik sebab terpengaruh juga. Akhirnya bentan dik. Sakit.. Apa pun ikut badanlah. Kalau tahan makan jelah, tak salah pun”
“Saya sampai anak setahun tak sentuh lagi sushi, takut. Sebab saya pembedahan”
“Meriah susu kalau makan salmon. Cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Sebab pendandan rambut saya berbangsa Cina cakap makan salmon kalau susu kurang dan ia berkesan”
“Pengalaman saya berpantang cuma anak sulung, anak kedua, ketiga hauk.. Jadi saya pesan silalah pantang dengan betul-betul. Saya 32 tahun dah sakit sana sakit sini. Tak rugi kita jaga badan kita sendiri”
“Tak kisahlah nak makan apa pun.. yang penting langkah berubat selepas bersalin tu jangan abaikan..”
sumber:BUZZKINI |