View: 81673|Reply: 2
|
[Tempatan]
Ini punca ramai pendatang asing di Malaysia!
[Copy link]
|
|
MUTAKHIR
Ini punca ramai pendatang asing di Malaysia
Samadi Ahmad
[email protected]
JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen haram didalangi warga tempatan di sekitar Lembah Klang . FOTO Imigresen
Putrajaya: Tawar khidmat menguruskan Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) dan visa pada kadar bayaran RM500 hingga RM1,100.
Itu antara kegiatan sindiket ejen haram didalangi dua lelaki dan seorang wanita tempatan yang ditumpaskan Jabatan Imigresen hasil operasi khas sekitar Putrajaya, Puchong, Kelana Jaya dan Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula 3.22 petang itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Katanya, berdasarkan risikan dijalankan sejak dua minggu lalu, pasukan operasi menahan dua lelaki Vietnam dan warga India yang dipercayai ahli sindiket.
"Turut ditahan adalah dua wanita Vietnam dan seorang wanita Sri Lanka selain tiga wanita tempatan. Jumlah keseluruhan ditahan adalah seramai lapan orang berusia dalam lingkungan 22 hingga 42 tahun," katanya hari ini.
Beliau berkata, pasukan operasi merampas 209 pasport pelbagai negara membabitkan 131 pasport India, 22 pasport Sri Lanka, 18 pasport Bangladesh, 10 pasport Indonesia, 10 pasport Vietnam, lapan pasport Nepal, enam pasport Pakistan dan empat pasport Myanmar.
Ruslin berkata, semakan awal mendapati lelaki Vietnam ditahan mempunyai pas yang masih sah manakala dua wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Sri Lanka tinggal lebih masa di negara ini.
Katanya, modus operandi sindiket adalah menyasarkan warga asing di sekitar Lembah Klang dengan menawarkan perkhidmatan untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen berkaitan pasport dan pas seperti PLS, PLKS, PLIK dan Visa.
"Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM500 hingga RM1,100 bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.
Ruslin menambah, kesemua warga asing terbabit kini ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 15(4) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, ketiga-tiga warga tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.
Disiarkan pada: September 6, 2024 @ 8:01pm
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-asing-di-malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
"Ruslin berkata, semakan awal mendapati lelaki Vietnam ditahan mempunyai pas yang masih sah manakala dua wanita warga Vietnam dan seorang wanita warga Sri Lanka tinggal lebih masa di negara ini."
Diorang ni datang sebagai apa, boleh buat business charge/untung 1.1K per head. JIM, tolong halau semua parasit sial ni keluar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|