CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21122|Reply: 196

[Tempatan] Polis Kini Giat Pantau Syarikat GISB, Terima 4 Laporan Eksploitasi Terhadap Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 9-9-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Menerusi laporan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia susulan empat laporan yang diterima pihaknya di sekitar Selangor.

"Ini adalah laporan yang terbaharu. Mungkin ada lagi di negeri lain yang kita sedang kumpulkan dan kita akan maklumkan kemudian.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 200 kerana mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip dana, derma dan sebagainya," katanya.



Image via Dagang News


Difahamkan, modus operandi organisasi tersebut dikesan mengeksploitasi ahli dan kanak-kanak melalui penubuhan rumah amal dan kebajikan bagi tujuan kutipan derma.

Beliau menambah, ahli organisasi itu juga dipercayai tidak dicarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain dikenakan tindakan kuarantin sekiranya melakukan kesalahan.

Malah, organisasi berkenaan yang dipercayai serpihan daripada kumpulan ajaran sesat yang kini berada dalam senarai pemantauan Cawangan Khas PDRM.

"Daripada senarai yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), sebanyak 154 ajaran sesat dipantau.

"Di pihak PDRM pula, kita ada 114 yang mana daripada jumlah ini, kira-kira 14 kumpulan aktif manakala 8 lagi di dalam pemantauan termasuklah GISB," katanya.

Jelasnya, sebanyak 80 laporan polis dibuat berhubung aktiviti ajaran sesat dengan 122 orang ditangkap bagi tempoh 2022 hingga Ogos 2024.

"Ini satu proses yang berterusan dan kita akan terus memantau dan bekerjsama dengan JAIN dan Jakim untuk membanteras aktiviti ini yang dikhuatiri boleh menjurus kepada isu ekstremis," katanya.





Individu dakwa jumpa rumah anak yatim yang digunakan syarikat terbabit untuk mengeksploitasi kanak-kanak

Dalam pada itu, seorang individu menerusi hantaran di Facebook berkongsi pengalamannya ketika berada di sebuah rumah anak yatim.

Katanya, dia merasa pelik dengan rumah terbabit dan cuba mencari kepastian mengenainya. Namun, dia terkejut dengan maklumat yang ditemuinya itu.

"Pengajarannya, selepas ni, kalau nak buat amal kebajikan dengan Rumah Anak Yatim, kita 'siasat' dahulu. Cari maklumat mereka. Bukan untuk bersangka buruk. Tapi langkah berhati-hati.

"Memanglah Allah yang menentukan apa yang kita buat tu diterima sebagai amal soleh atau tidak. Tapi, dalam masa sama biarlah kebajikan itu diberi kepada orang yang selayaknya, bukan scammer, bukan penunggang agama, bukan kumpulan ajaran sesat, bukan kumpulan yang bukan-bukan," tulisnya.
Sebelum ini, media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mengesahkan akan ada libat urus dengan wakil syarikat GISB.
Ia selepas pelbagai dakwaan berhubung organisasi tersebut yang didakwa mempunyai kaitan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa, antaranya mengekploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta dan menjalankan perniagaan.




Sumber:  [url=https://says.com/my/seismik/polis-kini-giat-pantau-syarikat-gisb-terima-4-laporan-eksploitasi-terhadap-kanak-kanak]Polis Kini Giat Pantau Syarikat GISB, Terima 4 Laporan Eksploitasi Terhadap Kanak-Kanak (says.com)[/url]






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2024 01:36 PM | Show all posts
Edited by amal12bh at 11-9-2024 04:58 PM

Sumber2 lain:-

1) FB Scam No One- https://www.facebook.com/share/FaynUVoyWAYqSkoh/?mibextid=WC7FNe

2) Podcast Caprice i- https://www.youtube.com/watch?v=uwM6ItU-9Hk

3) Podcast Caprice ii- https://youtu.be/oqj1w4cZ3oo?si=KavFHial9681Mzzq

4) IIUM Confession i- https://iiumc.com/anak-ajaran-sesat/

5) IIUM Confession ii- https://iiumc.com/anak-aset-atau-liabiliti/

6) IIUM Confession iii- https://iiumc.com/anak-ajaran-sesat-2/

7) Dr Maza- https://www.youtube.com/watch?v=xXK5ijnnMvA

8) Sidang Media GISB - https://www.facebook.com/share/v ... 4i/?mibextid=WC7FNe

9) Latest Podcast Caprice dgn wakil GISB- https://www.youtube.com/watch?v=QVFsS7C_zdM&t=2673s

9) FB PUKAS Malaysia- https://www.facebook.com/profile.php?id=61561476451957

Terbaru (11/9/2024)

KUANTAN: Polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan 'Op Global' hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan.
Beliau berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.
"Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Up
Up
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik porem yg pernah ada pengalaman dgn diorg ni..moh ler masuk share pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi macam ada benang al arqam aku nak pegi page 2 tak boleh sbb tak cukup level.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:50 PM | Show all posts
eee dasatttt uiii

ni mmg terpaling tunggeng agama

ni rasa udah mcm ajaran sesat dah ni

cult bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 9-9-2024 01:38 PM
Acik porem yg pernah ada pengalaman dgn diorg ni..moh ler masuk share pengalaman

Restoran Al Ikhwan GISB nimmg murah.. ada 3kedai aku pernah masuk. Kat KT, kat Seksyen 13 dgn Bandar Enstek.
Sama aje pesennya. Staff semua muda2 mcm budak sekolah lg..jenis tak frenly mcm dunia diorang sndiri.
Masaknya idakla sedap mana..
Kembang tekak aku lepas baca ada unsur rendaman bulu kaki tok guru
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerusijati replied at 9-9-2024 01:53 PM
Restoran Al Ikhwan GISB nimmg murah.. ada 3kedai aku pernah masuk. Kat KT, kat Seksyen 13 dgn Band ...

Tak termuntah ke bayangkan diaorg pakai air rendaman janggut ketua mereka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 01:57 PM | Show all posts
Kerusijati replied at 9-9-2024 01:52 PM
Restoran Al Ikhwan GISB nimmg murah.. ada 3kedai aku pernah masuk. Kat KT, kat Seksyen 13 dgn Band ...

murah sebab tenaga buruh free. kesian budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-9-2024 01:55 PM
Tak termuntah ke bayangkan diaorg pakai air rendaman janggut ketua mereka?

Iya wak.

Mmg rasa nak muntah bila baca baru2 ni.
Kuangajo betul..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku suka anta dobi kt ikhwan ni.murah dari dobi type c. mahal nak cekik org.sanggup aku anta jauh2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
takkanlah tak kenal ajaran Islam yang sebenneeerrrrrr, keturunan Bani Kicap @ Bani Tamin, Abuya yang memakai serban menggunakan kain batik, geng serban batik









Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikhwan group ni serpihan dr Al Arqam kan. Kalau x silap founder nya adlaah wife kedua abuya tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 9-9-2024 02:28 PM
Ikhwan group ni serpihan dr Al Arqam kan. Kalau x silap founder nya adlaah wife kedua abuya tu

Ummu Jah seks melalui 'alam roh tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-9-2024 01:55 PM
Tak termuntah ke bayangkan diaorg pakai air rendaman janggut ketua mereka?

Hayun sepak nafsu, hayun sepak yahudi

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan sabun pun ada power!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zezo at 9-9-2024 06:31 PM

Dari aku kecik sampai skrg, kalau geng² al arqam ni tak perlu la nk berhusnuzon baik. Dh jenis manipulate and exploit ni. Mmg mcm tu je la. Tapi bila tgk era baru geng global ikhwan ni mingle² dlm jab kerajaan.. mcm susah gak la nk banteras. Nnt diam cmtu je or Yg ketua dpt lolos negara lain. Gitu je la cerita dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Zezo replied at 9-9-2024 02:34 PM
Dari aku kecik sampai skrg, kalau geng² al arqam ni tak perlu la nk berhusnuzon baik. Dh jenis mani ...

Solat Jumaat yang wajib pun boleh Insya-Allah ke hulu Insya-Allah ke hilir

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2024 02:41 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 9-9-2024 02:28 PM
Ikhwan group ni serpihan dr Al Arqam kan. Kalau x silap founder nya adlaah wife kedua abuya tu

boleh baca dekat FB Pukas Malaysia:-
...
Berikutan itu, Ashaari Bin Muhammad dan beberapa pemimpin kanan kumpulan tersebut ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1994 yang kemudiannya membuat pengakuan tentang penyelewengan Al-Arqam.

Setelah dia bebas dari tahanan ISA pada tahun 1996, dia mula menukar nama gerakan dari Darul Arqam kepada Rufaqa Corporation Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada 1997.

Sekali lagi gerakan mereka di atas nama Rufaqa Corporation Sdn Bhd difatwakan haram dan sesat pada tahun 2006. Sekali lagi dia ditahan dan dikenakan Akta Sekatan Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Setelah Rufaqa diharamkan, Ashaari bersama isterinya Khadijah Aam (Ummu Jah) sekali lagi telah menukar nama jemaah mereka kepada Ikhwan dan seterusnya kepada Global Ikhwan Sdn Bhd pada tahun 2008. Pada waktu itu Ashaari mula uzur dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 2010.

Pada waktu ini, Ummu Jah dan Azura berperanan penting menanam dakwaan ajaib dan khurafat terhadap kelebihan Ashaari bin Muhammad. Pada masa yang  sama mereka dilanda kontroversi ajaran Seks Suci Islam dan disertakan puluhan dakwaan melampau ke atas Ashaari bin Muhammad.

Sekali lagi Jabatan Agama Islam Selangor melakukan serbuan ke atas kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) pada tahun 2013 dan mendakwa Ummu Jah bersama 17 pengikut kanan yang lain.

Untuk mendapatkan kembali aset yang dibeku, mereka menukar nama Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) kepada GISB HOLDING SDN. BHD pada 23 haribulan Oktober 2013. Seminggu selepas itu sekali lagi mereka menukar nama (dengan menambah S pada Holdings) pada 30 haribulan Oktober 2013 menjadi GISB HOLDINGS SDN. BHD.

Seminggu kemudian, pada 9 November 2013, Ummu Jah bersama 300 pengikut GISB Holdings melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan al-Arqam dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Setelah itu, GISBH mula berjalan seperti biasa seakan-akan tiada lagi ajaran menyeleweng disebalik kumpulan mereka. Ummu Jah meninggal dunia pada tahun 2015. Setelah itu dilantik Mohd Rasidi Abdullah yang merupakan orang kanan Ummu Jah untuk memimpin GISBH dan dia pula meninggal dunia pada tahun 2020.
Pada zaman kepimpinan Rasidi Abdullah, Azura Mohd Yusof berperanan mengatur orang-orangnya sehingga membawa kepada suaminya Mohd Nasiruddin Ali mendapat tampuk kepimpinan tertinggi di GISBH. Nasiruddin Ali ini dahulunya merupakan pemandu peribadi kepada Ashaari bin Muhammad. Kini dengan berkat pengaruh isterinya Azura Mohd Yusof telah meletakkan dia sebagai pemimpin no.1 GISBH.
...
sumber: Facebook

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:50 PM | Show all posts
sial la meniaga guna imej islam, sembur2 air berkat janggut taik kucen!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.985186 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list