CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4810|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak satu-satunya negeri adakan majlis kesyukuran antara agama

[Copy link]
Post time 10-9-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode


Roland (duduk, lima kiri) merakamkan kenangan bersama hadirin pada majlis tersebut. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mengadakan majlis kesyukuran antara agama, kata Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata, kepentingan toleransi agama di Sarawak terbukti dengan penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

"UNIFOR memastikan semua agama bukan Islam di Sarawak mendapat sokongan sewajarnya daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

"Kepimpinan inklusif Abang Johari apabila kerajaan menyediakan geran tahunan untuk semua agama utama di Sarawak, termasuk Kristian, Buddha, Taoisme, Baha'i, Sikh dan Hindu. Ia adalah komitmen kepada keterangkuman ini.

"Asas kerohanian yang kukuh menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang bertanggungjawab, seterusnya meningkatkan kesejahteraan negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kesyukuran Agama Lain sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak di Dewan Suarah Kota Samarahan dekat sini, malam tadi.

Mengulas mengenai acara itu, Sagah berkata ia sekali lagi menyerlahkan keharmonian hidup rakyat Sarawak melalui keunikan budaya, rasa hormat dan persefahaman mendalam yang dikongsi rakyat pelbagai kaum dan agama.

"Kami berharap kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terus dirahmati, membawa kemakmuran dan kejayaan kepada semua tidak kira bangsa, budaya dan agama," katanya.

Sementara itu, Sagah berkata sejak UNIFOR ditubuhkan pada 2017, sebanyak 778 projek pembinaan kemudahan agama lain di Sarawak telah siap dengan peruntukan keseluruhan RM100.4 juta.

"Sebanyak 623 projek tambahan bernilai RM148.9 juta sedang dijalankan, meliputi pembinaan, penyenggaraan, pembaikan dan perolehan barangan keagamaan untuk pelbagai rumah ibadat," jelasnya.

Susulan itu, Sagah menyeru pemimpin agama untuk terus menggalakkan perpaduan, keamanan, dan toleransi kepada generasi akan datang, sekali gus memastikan masyarakat berbilang budaya Sarawak berkembang maju.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Datuk Martin Ben.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik, Pengarah UNIFOR Dato Georgina Apphia Ngau dan Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak Rt Rev Datuk Danald Jute yang mengetuai doa pembukaan acara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.788890 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list