CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5261|Reply: 2

[Sarawak] Bendera baharu Ibu Pertiwi guna bahan lebih berkualiti

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:21 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Rahman (tengah) ketika ditemui media selepas menyaksikam acara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, hari ini. Turut kelihatan Uggah (kiri). - Gambar UKAS

KUCHING: Bendera baharu Ibu Pertiwi menggunakan bahan yang lebih berkualiti seperti bendera yang digunakan di ibu negara dan negara luar.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia bagi memastikan keadaan bendera itu kekal utuh dalam setiap keadaan yang berlaku di luar jangka.

Menurutnya, sebelum ini bendera Ibu Pertiwi telah tercabut dan kabel terputus berikutan keadaan cuaca yang buruk dan ribut.

"Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang telah kita bincang selepas insiden itu di mana kita akan menggantikan terus bendera pada hari yang sama dalam tempoh 24 jam.

"Kita gantikan dengan bendera yang mempunyai kualiti yang lebih baik dengan mengambil contoh bendera di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan negara lain termasuk Istanbul," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyaksikan acara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Mengulas lanjut, beliau yang juga menteri bertanggungjawab ke atas DBKU berkata, tempahan bendera baharu ini diambil dari China.

“Pada masa ini, ia diambil dari negara China dan apabila tiba waktunya apabila kita ada usahawan yang dapat menghasilkan bendera ini dengan kualiti yang bagus, kita boleh dapatkan bekalan (bendera) daripada usahawan tempatan," jelasnya.

Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo dan Dato Majang Renggi, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman dan tetamu yang lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2024 03:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2024 03:24 PM | Show all posts
Pelancong, orang ramai boleh saksikan acara menaikkan bendera Ibu Pertiwi



Uggah bersama tetamu merakam kenangan selepas menyaksikan acara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi hari ini. - Gambar UKAS
KUCHING: Tiada masalah untuk pelancong dan orang ramai menyaksikan acara menaikkan bendera Ibu Pertiwi yang diadakan setiap bulan di Dataran Ibu Pertiwi, di sini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana dataran yang memiliki tiang bendera yang tertinggi di negara ini menjadi 'landmark' sekali gus menjadi tarikan pelancong.

Menurutnya, mengenai acara itu, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menghebahkan promosi acara itu kepada orang ramai pada setiap Ahad pada awal bulan.

"Majlis menaikkan bendera Ibu Pertiwi cukup bermakna kerana ini satu kebanggaan kita dan sebab itu DBKU akan menganjurkan program (menaikkan bendera) pada setiap bulan dan akan menjadi acara tetap.

"Sebagai tambahan, acara ini menjadi tarikan pelancong dan ini menjadi mercu tanda khas iaitu tiang bendera tertinggi di Malaysia yang dilengkapi bendera kebanggaan orang Sarawak bendera Ibu Pertiwi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyempurnakan acara menaikkan bendera Ibu Pertiwi bagi edisi bulan September di Dataran Ibu Pertiwi, di sini hari ini.

Sebagai tarikan pengunjung, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu menambah, promosi acara bendera itu akan dihebahkan setiap bulan.

"Sesiapa yang ingin datang menyaksikan acara itu, DBKU akan menghebahkan mengenainya dalam tempoh sebulan sebelum ia dilaksanakan.

"Saya rasa ramai pengunjung sudah tahu acara ini diadakan kerana mereka boleh melihat dari pelbagai sudut di kawasan Kuching," jelasnya.

Acara menaikkan bendera Ibu Pertiwi ini akan dilakukan setiap bulan oleh ahli-ahli kabinet yang lain di mana sebelum ini dimulakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi selaku menteri bertanggungjawab ke atas DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan-timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo dan Dato Majang Renggi, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman dan tetamu yang lain.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... bendera-ibu-pertiwi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.474476 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list