CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5662|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak dijangka berpotensi capai sasaran lebih lima juta ketibaan pelawat

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode


Ting (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wartawan Andy Jong (dua kanan) di Miri malam Khamis lalu.

MIRI: Sarawak dijangka berpotensi mencapai sasaran melebihi lima juta ketibaan pelawat menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berkata, sasaran empat juta ketibaan pelawat dijangka dapat dicapai lebih awal pada akhir bulan ini berbanding jangkaan asal pada akhir tahun.

“Berdasarkan rekod sehingga 31 Julai, Sarawak telah mencatatkan 2.82 juta ketibaan pelawat dengan purata 400,000 pelawat setiap bulan.

“Terutamanya pada Ogos lalu, Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan di Sarawak yang mana jumlah atlet dan pegawai melebihi 20,000 orang.

“Jika trend ini berterusan, saya yakin sasaran asal empat juta ketibaan pelawat pada akhir tahun dapat dicapai lebih awal iaitu pada akhir September, malah boleh melepasi sasaran itu dan mencapai lima juta ketibaan pelawat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-49 Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri malam Khamis lalu.

Dalam pada itu, beliau turut yakin dalam tempoh empat bulan akan datang penganjuran pelbagai acara antarabangsa besar membantu meningkatkan pertumbuhan ketibaan pelawat ke Sarawak.

Beliau juga menekankan Sarawak akan menjadi tuan rumah bersama Kuala Lumpur menganjurkan Sukan SEA 2027 yang akan meningkatkan imej antarabangsa Sarawak dan menarik lebih ramai pelancong.

Sementara itu, Ting turut mengucapkan terima kasih kepada media atas sumbangan mereka dalam membantu kerajaan menyebarkan maklumat terutama kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Katanya, beliau yakin media memainkan peranan penting dalam pembangunan Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045562 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list