CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13540|Reply: 0

[Sarawak] Peraturan mesyuarat Dewan Negara, Dewan Rakyat, DUN Sarawak perlu ditambah baik

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode


ASFIA

KUCHING: Peraturan mesyuarat bagi Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak perlu ditambah baik dengan memasukkan elemen media sosial.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, ini penting untuk meningkatkan standard demokrasi berparlimen bagi memastikan kelancaran dan keteraturan undang-undang dan peraturan dalam sidang dewan.

"Kita tidak mahu keadaan Parlimen atau dewan menjadi kucar-kacir… Kita mahu undang-undang dan peraturan yang teratur, sebab itu kita cadangkan supaya elemen media sosial dalam perintah mesyuarat ini dipinda.

“Banyak perubahan telah berlaku dan beberapa peruntukan dalam perintah mesyuarat kini ketinggalan zaman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024 di sini, hari ini.

Menurut Asfia, antara perkara-perkara baharu itu adalah seperti kebangkitan media sosial tidak diliputi dalam peraturan mesyuarat sama ada di Parlimen atau di DUN Sarawak.

Meskipun perintah tetap DUN Sarawak dianggap antara yang paling komprehensif, katanya ia tidak menyentuh bagaimana untuk membuat keputusan atau tindakan berkaitan dengan media sosial.

"Perkara ini adalah fenomena baharu, jadi perlu kita bincang bersama-sama dalam Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Speaker-Speaker DUN Se-Malaysia 2024 ini demi menjaga standard demokrasi berparlimen,” katanya.

Sebagai contoh katanya, kritikan terhadap Parlimen atau speaker yang disiarkan di media sosial perlu dibincangkan dalam persidangan itu.

“Kalau media sosial mengkritik Parlimen, mengkritik speaker, atau memperkecilkan keputusan speaker, perkara ini tidak termaktub dalam perintah mesyuarat.

"Jadi, apa yang perlu dilakukan? Kita akan mendengar pendapat dan pandangan daripada para speaker dalam persidangan ini nanti.

“Bagi saya, ia tidak menjadi masalah… kadangkala selepas speaker membuat keputusan, Ahli Parlimen mengadakan sidang media, malah adakalanya, selepas keputusan speaker dibuat, komen mengenai keputusan atau rang undang-undang dalam dewan tumbuh seperti cendawan di media sosial,” ujar Asfia.

Ditanya sama ada isu persempadanan semula turut akan dibincangkan dalam Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Speaker-Speaker DUN Se-Malaysia 2024, beliau memaklumkan perkara itu tidak akan dibincangkan.

“Kita takkan membincang persempadan semula dalam mesyuarat ini sebab ia sudah dilakukan di Sabah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.030379 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list