View: 19139|Reply: 13
|
Lee Zii Jia Naik Ranking No. 3 Terbaik Dunia
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali berada dalam kelompok tiga terbaik dunia selepas naik satu anak tangga ke kedudukan No. 3 selepas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dikemaskini hari ini.
Biarpun tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun, namun ranking pemain berusia 26 tahun itu tetap melonjak susulan pemain Indonesia, Jonatan Christie kehilangan mata.
Kali terakhir pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 berada dalam kelompok tiga terbaik dunia adalah pada 18 Januari tahun lalu yang menyaksikan dia menghuni ranking ketiga dunia.
Sementara itu, Christie jatuh ke kedudukan No. 7 dunia, manakala pemain China, Shi Yuqi kekal di ranking pertama, diikuti pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik, Viktor Axelsen di tempat kedua.
Pada masa sama, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong jatuh ke kedudukan ke-25 dunia selepas tidak menyertai sebarang kejohanan sejak Februari lalu selepas menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, Tze Yong yang mendapat perlindungan ranking tidak berdepan sebarang masalah untuk kembali beraksi dalam kejohanan utama berdasarkan kedudukan ranking terakhirnya di tangga ke-18.
Dalam acara beregu lelaki, gandingan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik jatuh dua anak tangga ke ranking kelima, diikuti Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei (12), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (17) dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri (19).
Dalam pada itu, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah kekal berada di tangga kelapan dunia, begitu juga pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menghuni ranking kesembilan dunia.
Kredit: KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah LZJ.
MOD.... tolong ban porumer @wipet6 ni boleh tak? apa jadah thread lama naik ni. yang 2011 pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
wow no 3 tu.. boleh lg tu bykkn berlatih |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu kenapa seorang lagi pemaîn badminton perseorangan tu tak masuk olimpik ye? Sapa nama dia tu lupa...yg rambut mcm cendawan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
harap video dia akan bergentayangan walaupun iols tau dia kulop |
|
|
|
|
|
|
|
injured, kena rehat setahun. dia buat trainning mcm ape yg lee chong wei lalui, something wrong happens bila mula nak main tournament then terus kena fisio selama setahun lebih.
|
|
|
|
|
|
|
|
sashasam replied at 12-9-2024 04:23 PM
injured, kena rehat setahun. dia buat trainning mcm ape yg lee chong wei lalui, something wrong ha ...
Ohhh patutla.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|