View: 34636|Reply: 4
|
[Dunia]
China akan 'hancurkan' pencerobohan asing di Laut China Selatan, kata seorang pegawai kanan tentera Beijing
[Copy link]
|
|
China akan 'hancurkan' pencerobohan asing di Laut China Selatan - pegawai tentera
https://www.hmetro.com.my/global ... ina-selatan-pegawai
AFP
Disiarkan pada: September 12, 2024 @ 1:18pm
TANGKAP layar daripada video menunjukkan insiden membabitkan kapal tentera China dengan kapal tentera Filipina di Sabina Shoal, kawasan perairan yang dituntut kedua negara, pada 31 Ogos 2024. FOTO PCG / AFP
Beijing: China akan "menghancurkan" sebarang pencerobohan asing ke dalam wilayah berdaulatnya termasuk di Laut China Selatan, kata seorang pegawai kanan tentera Beijing pada Khamis, di luar satu forum pertahanan.
"Kami berharap bahawa Laut China Selatan akan kekal sebagai lautan keamanan," kata Leftenan Jeneral He Lei kepada sekumpulan kecil wartawan termasuk AFP di forum di Xiangshan itu.
Tetapi, tambahnya, "jika Amerika Syarikat menggerakkan bidaknya di belakang tabir, jika ia mendorong negara ke barisan hadapan, atau jika Amerika Syarikat sendiri berada di barisan hadapan, maka kami di Tentera Pembebasan Rakyat China... tidak akan pernah mempunyai kesabaran."
"Kami dalam Tentera Pembebasan Rakyat China dengan tegas akan menumpaskan sebarang pencerobohan musuh asing ke atas wilayah, kedaulatan dan hak maritim dan kepentingan China dengan keazaman yang teguh, tekad yang kuat, keupayaan yang kuat dan cara yang berkesan," katanya.
Washington dan Beijing bertelagah dalam beberapa bulan kebelakangan ini berhubung pendekatan China yang semakin tegas di wilayah maritim yang dipertikaikan, termasuk di Laut China Selatan.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kapal China terbabit dalam beberapa siri konfrontasi berprofil tinggi dengan kapal Filipina di perairan yang dituntut hampir keseluruhannya oleh Beijing, walaupun mahkamah antarabangsa memutuskan bahawa tuntutan itu tidak mempunyai asas undang-undang.
Pada Khamis, Leftenan Jeneral He berkata, penyelesaian kepada ketegangan itu "bergantung kepada Amerika Syarikat."
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hancur Hancur
Hancur Hancur
Hancur Ameno
Hujung² cemolot |
|
|
|
|
|
|
|
China kalau berperang kat lautan 99% menang kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
cainis2 sepi tak berkutik langsung |
|
|
|
|
|
|
| |
|