Edited by maklukpenggoda at 18-9-2024 03:41 PM
MELAKA – Kerajaan didesak mengharamkan pertubuhan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) sekiranya benar kanak-kanak di rumah amal kendaliannya diajar cara meliwat dan diliwat.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut menggesa kerajaan mengenakan hukuman paling berat kepada si pelaku perbuatan.
“Jika benar ini (meliwat dan diliwat) berlaku maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.
“Mohon kepada mana-mana yang ada maklumat ataupun berada di dalam situasi sama perkara yang menyesatkan ini untuk jangan takut maklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya melalui status di Facebook rasminya hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat cawangan syarikat itu yang lain.
“Kita mohon juga pada pihak berkuasa untuk rempuh dan siasat di setiap cawangan mereka dan pastikan perkara ini tidak berlaku di tempat lain.
“Perkara ini bukan Islam, ini dah ajaran syaitan,” tegasnya.
Semalam media melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati modus operandi songsang itu yang dilakukan di 20 rumah amal kendalian GISBH.
Menurutnya, mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat kanak-kanak yang lain.
MalaysiaGazette
|