View: 14921|Reply: 10
|
[Jenayah]
Pengawal keselamatan dibunuh, mayat dalam but kereta ditemui di Sabak Bernam
[Copy link]
|
|
MUTAKHIR
Pengawal keselamatan dibunuh, mayat dalam but kereta
Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]
GAMBAR hiasan.
Sabak Bernam: Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) memaklumkan terjumpa kereta Proton Saga BLM itu di tepi jalan pada 6.04 petang.
"Hasil pemeriksaan menemui lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam but kereta.
"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 43 tahun bekerja di daerah ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.
"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222," katanya.
Disiarkan pada: September 17, 2024 @ 2:58pm
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mayat-dalam-kereta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KES
Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta
September 17, 2024 @ 3:02pm
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]
Foto hiasan
SABAK BERNAM: Mayat seorang pengawal keselamatan ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta, berkata pihaknya menerima panggilan daripada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) jam 6.04 petang.
Beliau berkata, anggota polis memaklumkan terjumpa kereta Proton Saga BLM hitam yang mencurigakan diparkir di tepi jalan.
"Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam but kereta.
"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 43 tahun bekerja di daerah ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di lokasi mengesahkan terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.
"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu kesalahan bunuh.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... emukan-dalam-kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga, semoga sipelaku dapat diberkas dan dikenakan hukuman yang setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
melayu.. apa tk sedarkn diri.. dah mati 3 hari. perut. pun terburai. |
|
|
|
|
|
|
|
mudahnya manusia ambik nyawa org |
|
|
|
|
|
|
|
Stingok kena bunuh dgn forumer sabak bernam ke
Kalo org sama yg dibunuh, aku nak buat pulut kunin esok |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 19-9-2024 09:41 AM
Stingok kena bunuh dgn forumer sabak bernam ke
Kalo org sama yg dibunuh, aku nak buat pulut kunin e ...
Semoga menjadi kenyataan. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya kes bunuh² sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|