CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40612|Reply: 11

[Tempatan] 'Terima kasih suburkan negeri kami', himpunan RXZ bantu ekonomi Terengganu cecah hingga RM40 juta

[Copy link]
Post time 17-9-2024 06:40 PM | Show all posts |Read mode
'Terima kasih suburkan negeri kami', himpunan RXZ bantu ekonomi Terengganu cecah hingga RM40 juta

Program himpunan motosikal RXZ Members 6.0 berlangsung dengan meriah di Litar Pemotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

PROGRAM himpunan motosikal RXZ Members 6.0 yang berlangsung selama dua hari di Litar Pemotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, berakhir dengan penuh meriah pada Sabtu.

Walaupun program tahunan yang dimulakan sejak 2017 itu dipandang serong segelintir masyarakat, tidak dapat dinafikan ia sebenarnya memberi banyak kelebihan buat Terengganu sendiri, terutamanya dari segi ekonomi.

Seorang pengendali Facebook dengan nama akaun Sabri Mamat turut memberi gambaran positif itu menerusi perkongsian yang dibuat di hantaran media sosial miliknya.

Ujarnya, program himpunan motosikal RXZ Members 6.0 kali ini dianggarkan menjana pendapatan jutaan ringgit untuk ekonomi negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu.

"Ini anggaran purata janaan ekonomi untuk Terengganu dalam dua hari (program melibatkan) RXZ Members.

"Makan dan minum (RM50x tiga hari = RM150), minyak kenderaan (RM50), ole-ole (RM100), barangan cenderamata (RM50) dan penginapan (RM50).

"Jumlah keseluruhan melibatkan (RM400x100,000 peserta = RM40 juta). Ini anggaran sahaja boleh jadi kurang atau lebih. Mungkin tak lari antara RM30 hingga RM50 juta," katanya pada Isnin.

Sabri dalam pada itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai program himpunan tersebut kerana kegiatan itu sedikit sebanyak berupaya untuk menyuburkan Terengganu.

"Hadirmu bawa berkah kepada kami. Bunyi bising itu sekejap sahaja. Kita jumpa lagi tahun depan 7.0, kami akan sambut dengan lebih meriah," ujarnya. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau negeri yang tak berapa nak isele buat acara permotoran persis gini, kompem kena cerca 3 hari 4 malam di ceramah² mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:56 PM | Show all posts
hari tu perhimpunan proton wira, pastu rxz plak...moga terengganu bertambah maju...iols mmg luv sgt dgn ganu, tiap tahun gi candat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn remaja aku dulu  buat kt port dickson, pastu mna ada tido dok stay kt pantai atau lepak tepi jalan
Puas dah rasa dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 17-9-2024 06:53 PM
Tapi kalau negeri yang tak berapa nak isele buat acara permotoran persis gini, kompem kena cerca 3 h ...

Tgk aje lah sambutan hari kemerdekaan dkt putrajaya haritu siap menuduh org tak solat..padahal surau masjid sekitar situ penuh juga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 18-9-2024 09:22 AM
Tgk aje lah sambutan hari kemerdekaan dkt putrajaya haritu siap menuduh org tak solat..padahal sur ...

Kannn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
TAHNIAH THAILAND

Jumlah pelancong dari Malaysia ke Thailand, melalui sempadan Kedah dan Perlis sahaja, mulai 12 ke 15 Sept 2024.

Sadao Checkpoint 62,904 orang,
Padang Besar Checkpoint 31,545 orang
Ban Prakob Checkpoint 9,246 orang.

Total 103,695 orang.

(Credit Singgora Syburi dan Suwit Kaewhorthong )
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 17-9-2024 06:53 PM
Tapi kalau negeri yang tak berapa nak isele buat acara permotoran persis gini, kompem kena cerca 3 h ...

Ada konsert uols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 18-9-2024 12:34 PM
TAHNIAH THAILAND

Jumlah pelancong dari Malaysia ke Thailand, melalui sempadan Kedah dan Perlis sah ...

Taktau napa thailand bukan dlm iols punya buck list
Mgkin sbb iols tak suka makan2
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 18-9-2024 12:42 PM
Ada konsert uols

Dua² negri berlainan ni ada konsert.
Cumanya satu haram bagimu, halal bagiku.

Why..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-9-2024 01:00 PM
Dua² negri berlainan ni ada konsert.
Cumanya satu haram bagimu, halal bagiku.


Sbb diorg Pas = Pass - semua boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 01:26 PM | Show all posts
kompom2 lah majoriti mat rempit yg join program ni x semayang..tapi yg herannya lobai PAS xde lak memekak, padahal setan iblis tepok tangan tengok ummah dgn ularmak2 join program lagha camnih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 2.440563 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list