CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12757|Reply: 0

[Tempatan] Ambuyat lambang penyatuan rakyat

[Copy link]
Post time 18-9-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Ambuyat lambang penyatuan rakyat

Ambuyat melambangkan 'perpaduan' kerana ia dimakan bersama hidangan lain.

BEAUFORT - Teksturnya likat seakan-akan gel dan tiada rasa tetapi mendatangkan selera jika dimakan bersama kuah sambal dan lauk-pauk lain.

Namun, ambuyat sudah cukup mengenyangkan lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama seisi keluarga sama ada di rumah atau majlis keraian.

Ambuyat yang berasaskan sagu merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat Sabah terutamanya etnik Brunei, Bisaya, Kadayan, Kadazandusun serta beberapa suku kaum lain.

Menariknya, makanan tersebut bukan sahaja digemari oleh penduduk setempat malah turut menjadi buruan orang luar yang datang ke Negeri di Bawah Bayu itu.

Malah makanan tersebut juga sering mendapat perhatian dalam mana-mana penganjuran festival makanan di seluruh negara.

Populariti ambuyat itu secara tidak langsung telah menyatukan rakyat di negara ini tanpa mengira, kaum bangsa dan agama, sekali gus memperlihatkan warna-warni rakyat Malaysia.

Ia diakui sendiri oleh penduduk Kampung Brunei, Membakut, Nora Jailani, 49, yang memberitahu makanan tersebut sehingga kini menjadi sajian pilihan pelbagai bangsa.

Ambuyat

Bagaimanapun katanya, nama dan cara memakannya sahaja yang berbeza mengikut tempat.

“Macam suku Brunei, kuahnya lain-lain. Ada yang memanggilnya kapurung tetapi kuahnya lain.

“Lain orang, lain bangsa, lain cara memakannya tetapi paling utama ialah ambuyat masih menjadi buruan ramai sampai sekarang,” katanya.

Nora berkata, orang dari semenanjung juga mencari makanan tradisional dari negeri yang terletak di Borneo itu.

“Saya sendiri pernah membawa ambuyat ini ke Terengganu ketika anak belajar di sana.

“Ada yang mahu mencubanya dan ada juga yang tahu makan ambuyat ini termasuk menantu saya yang berasal dari Terengganu,” katanya.

Perpaduan

Menurutnya, ambuyat melambangkan perpaduan dalam negara kerana ia dihidangkan bersama pelbagai jenis makanan lain.

“Memang menu utamanya ambuyat tetapi ia wajib dihidangkan bersama pelbagai masakan sama ada tradisional atau moden dan dimakan secara beramai-ramai.

“Sama seperti rakyat Malaysia, generasi dulu dan kini tetap memakannya bersama lauk pauk tradisi seperti sambal bambangan, ulam, ikan bakar, ikan masak ampap, ayam kampung masak kari atau ikan keli masak lemak,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Amisah Japar, 50, mengalu-alukan masyarakat luar Sabah merasai sajian tradisi itu kerana ia boleh dikategorikan sebagai makanan ruji bagi sesetengah masyarakat setempat suatu ketika dulu.

“Sekiranya ada yang ingin mencuba makan ambuyat, cubalah sebab di Sabah banyak dijual.

“Cara membuatnya juga mudah hanya dengan menuang air panas ke bancuhan sagu dan menggaulnya sehingga menjadi likat,” katanya.

Pengunjung dari Melaka, Izzatie Hanim Ab Gapal, 30, berkata, lawatannya ke Sabah pada kali ini membawa kenangan manis apabila berpeluang merasai sendiri keenakan makanan tradisi Sabah itu.

“Meskipun baru pertama kali merasai makanan ini tetapi Alhamdulillah dapat menikmati makanan dari negeri lain yang tiada di negeri saya sendiri.

“Bagi saya, makanan dari mana-mana negeri termasuk di Sabah boleh menyatukan rakyat. Kita saling mencuba makanan di negeri orang sekali gus meraikan kepelbagaian rasa masakan dalam Malaysia,” katanya.

Mohd Arifin (tengah) ketika mencuba ambuyat yang dihidangkan pada Pesta Ambuyat di Membakut, Beaufort pada Isnin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha memperkenalkan makanan tradisi giat dilaksanakan supaya sajian tersebut tidak dilupakan malah dikenali di seluruh pelosok negeri.

“Menerusi program berbentuk pesta ambuyat ini jugalah kita dapat memperkenalkan makanan tradisi kita kepada bangsa atau negeri lain.

“Malah dengan menginovasikan dan mempelbagaikan makanan tradisi ini juga menyebabkan orang luar lebih mengenali ambuyat,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.455517 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list